Panduan Konfigurasi Pantas PCSX2 v0.9.8
#1
Jika anda mempunyai komen/cadangan/pembetulan/dll berkenaan panduan ini, sila poskan di sini. Terima kasih.

Semua info disini turut disediakan dalam panduan yg lebih panjang, tetapi saya percaya bahawa panduan ini akan menjawab persoalan yg sering dikemukan di dalam forum ini, sambil mengekalkan isi-isi penting dan lebih pendek untuk dibaca berbanding panduan asal...

Pautan berguna
Setelah anda membaca panduan ini, jika anda inginkan bantuan drpd forum, adalah SANGAT PENTING anda menyenaraikan terlebih dahulu aspek berikut:
  • Spesifikasi perkakasan - CPU, Graphics Card, Memory, Operating System.
  • Versi PCSX2 yg anda gunakan.
  • Seting yg telah diubah dari nilai asal yg sedang digunakan, terutamanya nombor preset
  • Permainan yg ingin dimainkan dan jika anda bermain melalui CDVD atau ISO
---------------------------------------------------------------

1. Perkakasan umum:
--------------------
- Sila ambil perhatian bahawa PC baru/mampu menjalankan Crysis 2 dengan baik tidak menjamin kelajuan PC anda dalam PCSX2 kerana emulation dan permainan asal PC adalah sangat berbeza.

- PCSX2 menggunakan 2 teras (cores) paling banyak*. Ini bermakna, jika anda mempunyai CPU 4 core, pengunaan CPU hanya akan mencecah 50% sahaja. Jika anda mempunyai CPU satu teras, PCSX2 akan dijalankan dengan sangat perlahan

* Versi SVN baru boleh menggunakan 3 core, dengan hack baru yg bernama MTVU.


- Laptop: Pastikan pelan kuasa telah diset kepada "High Performance". Jika laptop anda mempunyai dwi-GPU, sila pastikan GPU yg digunakan adalah yg external.

Maklumat lebih lebih lanjut:
- Will PCSX2 run fast on my computer (general hardware).
- PCSX2 CPU benchmark thread (CPU only).




2. Pemasangan/versi PCSX2:
-------------------------------
- Gunakan keluaran rasmi yg terkini (currently 0.98 - r4600). Versi lama atau SVN terbaru kadang2 lebih pantas, tetapi selalunya kurang stabil, risiko tanggung sendiri.

- DirectX: Sila install versi terkini. Walaupun anda mempunyai versi DirectX yg betul (9.0c/10/11) dan permainan lain berjalan dengan baik, PCSX2 mungkin masih memerlukan versi paling terkini (Simptom: GSdx gagal dibuka).

- Instalasi: Jika tetapan anda tidak disimpan slps menutup PCSX2, cuba gunakan pakej binary, dan ekstrak ke dalam folder utama disk anda (e.g. C:\PCSX2 ).



3. Plugin-plugin:
-----------
- Hanya 3 plugin yg digunakan oleh PCSX2 sepanjang anda menggunakan fail ISO (selain dari DVD yg sebenar). Mereka adalah Audio plugin (Gunakan SPU2-X), Graphics plugin (Gunakan GSdx) dan Gamepad plugin (Lilypad).


- DVD:
------
- PCSX2 akan menjadi lebih pantas dengan menggunakan fail ISO (dibandingkan dengan DVD sebenar). Bina fail ISO dengan Imageburn. Perisian lain mungkin menghasilkan imej tidak sah.

- Untuk imej DVD PS2, JGN GUNAKAN (daemon tools, etc). Sebaliknya, gunakan CDVD -> ISO Selector -> Browse, dan pilih fail imej anda. Ambil perhatian bahawa walaupun namanya "Iso selector", berbagai jenis imej telah disokong (iso, nrg, cue/bin, etc). Jika anda memilih ini,maka item "Iso" akan dipilih pada menu CDVD, dan plugin CDVD tidak akan digunakan (Ini adalah perkara BIASA - PCSX2 akan memuatkan fail imej tanpa menggunakan plugin).

- Audio:
--------
- Gunakan SPU2-X (plugin audio lain selalunya kurang stabil).

- Konfigurasi SPU2-X mempunyai kesan yg rendah terhadap kelajuan (paling banyak 3%, dan selalunya kurang). Jika anda mahu seting yg terpantas, pilih Interpolation - 0 (Nearest neighbour), dan matikan effects processing.

- Grafik:
-----------
- Gunakan GSdx (plugin lain selalunya perlahan dan kurang stabil).

- GSdx Renderer: Gunakan salah satu dari mod Hardware untuk kelajuan tertinggi. Gunakan salah satu daripada mod Direct3D (Software) untuk kesesuaian tertinggi (akan memberikan impak negatif pada kelajuan).

- GSdx Scaling/Resolution: Untuk kelajuan terpantas, pilih "Original PS2 resolution". Ambil perhatian bahawa resolusi lebih tinggi akan menjadikan permainan kelihatan lebih baik, ia juga mungkin akan menghasilkan glitch (kerana, permainan tersebut direka untuk berjalan pada resolusi asalnya). Dengan GPU terkini adalah tidak mustahil untuk menggunakan resolusi lebih tinggi dengan impak minima pada kelajuan. Dengan menggunakan x2/x3/... daripada opsyen scaling selalunya tidak mudah menghasilkan glitch berbanding menggunakan resolusi custom. Dalam sesetengah kes, resolusi custom boleh menghilangkan sesetengah garisan nipis horizontal/vertical (Cuba: 1200x1200). (Saya selalunya menggunakan x2 atau x3).

- "Allow 8 bit textures" akan meningkatkan kelajuan dalam sesetengah permainan, dan mungkin juga mengurangkan prestasi bagi permainan lain. Cuba kedua-dua mod untuk setiap permainan. (Saya selalunya membiarkannya dihidupkan).

- Alpha correction mungkin mengurangkan kelajuan dalam sesetengah permainan. Cuba untuk setiap permainan. (Secara personal, saya membiarkannya dimatikan).




4. PCSX2 configuration:
-----------------------
- Anda digalakkan mencuba berbagai jenis konfigurasi PCSX2 dan menguji kesannya terhadap kelajuan, adalah bagus juga untuk menggunakan Preset dibawah tetingkap "Emulation Settings". Preset 1 adalah paling perlahan tetapi paling stabil, preset 4 pula stabil dan agak pantas, dan preset 6 mungkin akan memberi bacaan FPS yg salah (i.e. FPS tinggi, tetapi permainan terasa seperti perlahan).

- Awasi nilai preset ketika ia sedang digunakan (terutamanya di tab "Speed hacks"), anda hanya boleh menukarnya secara manual apabila preset tidak digunakan.

- Apabila tidak menggunakan preset, adalah sangat penting untuk anda memastikan "Automatic game fixes" telah ditanda pada menu System (stelah ditanda secara automatik jika menggunakan preset). Ia secara automatik akan menggunakan pelbagai nilai konfigurasi spesifik kepada banyak permainan, untuk meningkatkan/membaiki emulation pada permainan-permainan.

- Penggunaan superVU for VU0 and/or VU1 (pada tab konfigurasi VU) mungkin menigkatkan kelajuan sesetengah permainan, tetapi superVU selalunya kurang stabil berbanding (dan yg asal) microVU. Preset tidak akan mengubah penggunaan mVU/sVU, maka anda mungkin mahu mencubanya secara manual. Untuk pengetahuan anda, superVU tidak lagi disokong dan diperbaik fungsinya.

- Clamping Mode (for VUs/EE/IOP): anda mungkin mendapat sedikit peningkatan kelajuan pada seting 'None', tetapi mungkin juga mengurangkan kestabilan. Disyorkan: Biar pada 'Normal'.

- Vsync: boleh menyebabkan permainan menjadi perlahan. Disyorkan: biar ia dimatikan.

- Frame skipping: sering merosakkan paparan. Disyorkan: biar ia 'Dimatikan'.

- Game fixes: mereka akan membaiki pelbagai masalah dengan emulation dan mungking merosakkan permainan lain. Disyorkan: biarkan semuanya dimatikan (ia akan dihidupkan secara automatik jika 'Automatic game fixes' telah ditanda). Satu pengecualian adalah 'EE timing hack', yg mungkin meningkatkan kelajuan pada sesetengah permainan, dan mungkin merosakkan permainan lain, atau langsung tidak memberi apa-apa kesan.

- Seting-seting lain yg tidak dinyatakan adalah elok dibiarkan seperti yg asal.
Reply

Sponsored links

#2
*FINISHING BUMP!

@ Bositman

You can update the Translation WIP table now, thank you.
Reply
#3
Done, good job Wink
[Image: newsig.jpg]
Reply




Users browsing this thread: 1 Guest(s)