..:: PCSX2 Forums ::..

Full Version: Panduan Rasmi Konfigurasi PCSX2 v0.9.7
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Dalam panduan ini, saya akan cuba untuk menerangkan bagaimana untuk menyediakan PCSX2 dengan sebaiknya, dan juga memberi beberapa tips untuk menjalankan pelbagai permainan atau game. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) PCSX2 v0.9.7 yang baru boleh dimuaturun dari SINI.
2) Terdapat 3 pilihan dalam PCSX2, iaitu Full Installer, Web Installer, dan Binary. Full Installer disertakan bersama dengan DirectX Web Installer, manakala Web Installer mempunyai pilihan untuk memuaturunnya dari Internet, dan Binary adalah hanyalah program yang disertakan bersama plugins. Sila memuaturun pilihan yg dikehendaki, atau jika anda tidak pasti yang mana satu, sila muaturun Full Installer.
3) Jalankan Installer(jika anda memuaturun fail Installer) atau jika anda memuaturun Binary, buka fail tersebut dan ekstrak kandunganya ke dalam sebuah folder. (e.g C:\PCSX2)
4) Jalankan pcsx2.exe yang terdapat dalam folder yang telah anda masukkan atau diekstrak tadi.

Untuk pengguna Linux
Dapatkan fail Binary daripada SINI ataupun sumber daripada Google Code. Untuk mendapatkannya daripada sumber, sila ikut arahan yang terkandung dalam Compilation Guide for Linux. Anda juga perlu memastikan perkara-perkara yang berikut sudah dimasukkan/dipasang: libasound2-dev, libbz2-dev, libgl1-mesa-dev, libglew1.5-dev, libglu1-mesa-dev, libgtk2.0-dev, libjpeg-dev, libsdl1.2-dev, libsoundtouch1-dev, libsparsehash-dev, libwxbase2.8-dev, libwxgtk2.8-dev, libx11-dev, nvidia-cg-toolkit, portaudio19-dev, zlib1g-dev.

Plugins yang selalu digunakan untuk Linux adalah : ZZOgl-pg (or ZZOgl), SPU2-X, ZeroSPU2, OnePad, Linuz Iso, EFP Iso, dan EFP Polling.

Indeks
  1. Konfigurasi Plugin
  2. Konfigurasi BIOS
  3. Konfigurasi Core
  4. Konfigurasi Tetapan Lain(Misc. Settings)

Konfigurasi PCSX2


Versi PCSX2 yang baru mempunyai First-Time Configuration Wizard untuk memudahkan anda membuat sebarang perubahan, dan tetapan dalam PCSX2, jadi kami akan menerangkan perkara ini terlebih dahulu.

Pada skrin yang pertama, anda dikehendaki untuk memilih jenis bahasa yang akan digunakan dalam PCSX2, selepas itu, pilih direktori dimana program ini akan menyimpan fail-failnya dan juga tetapan konfigurasi.

Dalam menu 'dropdown' yang pertama, sila pilih Language yang anda inginkan untuk program ini(belum lagi boleh dilakukan).

Untuk fail-fail program ini, anda boleh memilih untuk menyimpan fail tersebut dalam folder Documents yang terdapat dalam akaun Windows(User Documents), ataupun di dalam folder yang anda telah buat sendiri.
Untuk tetapan konfigurasi, anda boleh samada membiarkannya dalam 'Default', ataupun hilangkan tanda untuk 'Use default Settings' pada checkbox dan pilih folder yang anda inginkan dengan menekan 'Browse'. 'Open In Explorer' akan membuka explorasi fail window di dalam folder yang telah anda pilih.
Jika folder yang anda pilih adalah tidak wujud, maka anda akan ditanya untuk membuat folder tersebut ataupun tidak.

Dalam skrin yang kedua, anda boleh memilih plugins yang anda ingin gunakan. Untuk memastikan plugins tersebut, kami mengesyorkan anda untuk membaca setiap maklumat yang berkaitan dengan plugins dalam panduan ini dengan terperinci. Buat masa sekarang, sila biarkannya dalam keadaan asal.
Jika anda mahu, anda juga boleh menetapkan folder yang berlainan untuk plugins, dengan menghilangkan tanda tick pada kotak 'Use default Settings' dan pilih folder yang anda inginkan dengan menekan 'Browse'. 'Open In Explorer' akan membuka explorasi fail window di dalam folder yang telah anda pilih.

Dalam skrin yang ketiga, anda akan diminta untuk memilih imej BIOS daripada senarai. Jika senarai tersebut kosong, anda harus meletakkan fail BIOS anda dalam folder seperti yang ditunjukkan di bawah, ataupun tukar folder tersebut dimana imej BIOS disimpan. Untuk maklumat lanjut mengenai BIOS, sila baca bahagian Konfigurasi BIOS dalam panduan ini. Jika tiada sebarang pilihan yang boleh dibuat, bermakna anda tidak boleh menggunakan PCSX2. Tekan atau Klik 'Finish' untuk menamatkan First-Time Configuration Wizard ini.

Berikut adalah GUI(Graphical User Interface) utama untuk PCSX2. Daripada sini, anda boleh menukarkan tetapan ataupun plugin-plugin yang boleh digunakan oleh PCSX2.
Kita akan bermula dengan konfigurasi plugin, disusuli dengan konfigurasi Core.
Pergi ke Config =>Plugin/Bios untuk memilih dan menyediakan plugin yang akan digunakan oleh PCSX2. Anda akan melihat skrin seperti dibawah(klik/tekan untuk membesar):

[Image: attachment.php?aid=26071]

Terdapat 3 tab, iaitu Plugins, BIOS dan Folders.

Tab Plugins daripada Plugins/BIOS:



Pertama sekali, anda boleh menghilangkan tanda tick pada kotak 'Default Settings' yang terdapat dibawah, dan pilih folder yang anda mahu dengan menekan 'Browse'. Folder ini adalah dimana PCSX2 akan menggunakan plugins yang ada.
Di sebelah kiri anda boleh lihat komponen yang digunakan untuk setiap plugins (GS, PAD, SPU2 etc), menu dropdown untuk pilihan Plugin adalah dibahagian tengah, dan pada bahagian kanan adalah butang 'Configure' untuk membuat sebarang tetapan bagi plugin-plugin yang dipilih.
Adalah diingatkan, setiap kali plugin yang telah dipilih ditukar, anda haruslah menekan butang 'Apply' untuk memastikan PCSX2 akan menggunakan plugin tersebut, dan juga untuk memastikan supaya butang 'Configure' untuk plugin tersebut dapat digunakan.

Sekarang adalah konfigurasi plugin-plugin yang penting.

Grafik(Graphics):



Pertama sekali, anda harus mengenalpasti versi Pixel Shaders dan DirectX(untuk Windows) pada kad grafik anda. Ia boleh dilakukan dari SINI.

Buat masa sekarang, anda boleh menggunakan 3 jenis plugin GS: GSdx v0.1.16, ZeroGS v0.97.1, dan GSnull driver v0.1.0.

GSdx v0.1.16 adalah plugin DirectX 9 dan DirectX 10/11 oleh Gabest yang telah dipertingkatkan prestasinya dari segi kelajuan dan kualiti imej. Ia memerlukan Pixel Shaders 2.0 dan SSE2 untuk berfungsi dan juga Vista/Windows 7 berserta dengan kad grafik DirectX 10 untuk digunakan dalam mod DirectX 10/11.

ZeroGS v0.97.1 adalah plugin grafik DirectX9 yang lama dan memerlukan kad grafik yang boleh menggunakan Pixel Shaders 2.0 untuk berfungsi, dan ia penggunaan adalah tidak digalakkan melainkan terdapat sebarang masalah semasa menggunakan GSdx. Penggunaan ZeroGS selalunya digantikan dengan ZZogl, yang menggunakan OpenGL, dan ia merupakan plugin yang selalu digunakan untuk Linux, kerana ia memperbaiki pelbagai masalah semasa menggunakan ZeroGS.

GSnull adalah grafik plugin yang tidak akan menggeluarkan sebarang video(output), dan ia digunakan untuk tujuan debugging.

Pilih GSdx v0.1.16 and tekan butang 'Configure'.

  • Pertama sekali, terdapat 3 jenis versi GSdx, iaitu SSE2, SSSE3 dan SSE4.1. Dan hanya menggunakannya JIKA processor anda mampu menggunakan set-set arahan yang berikut, dan sila gunakan versi yang sepatutnya kerana ianya mungkin memberikan keputusan yang sepatutnya. Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul semasa menggunakannya.
    CPUs yang menggunakan SSE2: Lihat disini.
    CPUs yang menggunakan SSSE3: Lihat disini.
    CPUs yang menggunakan SSE4.1: Intel Core 2 Duo Penryn series (Model E7xxx,E8xxx dan Q9xxx) Intel Corei5, Intel Corei7

  • Untuk meggunakan mod DirectX10/11, anda haruslah menggunakan Windows Vista atau Windows 7 dengan kad grafik yang dapatmenggunakan DirectX10. (Lihat link sebelumnya)

  • Renderer: Disini anda boleh memilih bagaimana grafik tersebut akan diperlihatkan/ditampilkan.

    Dengan memilih "Direct3D9 (Hardware)", GSdx akan menggunakan kebolehan Direct3D kad grafik anda, dan meningkatkan kelajuan secara mendadak.

    Dengan memilih "Direct3D10/11 (Hardware)" (hanya boleh dipilih untuk Visa/Windows 7 dengan kad grafik DX10/11), GSdx akan menggunakan mod Direct3D10/11 dimana ia selalunya berada pada mod yang laju, dan juga lebih bersesuaian. Amatlah digalakkan jika sistem anda menyokongnya.

    Dengan memilih "Direct3D9 (software)", GSdx akan menggunakan perisian penampilannya tersendiri, dimana ia tidak menggunakan kad grafik, tetapi processor anda. Disebabkan itu, kelajuan akan dikurangkan dengan jumlah yang banyak, tetapi anda akan mendapat kesesuaian yang tinggi. Digalakkan jika anda mendapat sebarang masalah grafik dengan Direct3D Renderer.

    Dengan memilih plugin "Direct3D9 (null)", "Direct3D10/11 (null)", "Null (software)" atau "Null (null)", ia tidak akan menampilkan sebarang grafik pada skrin. Hanya perlu digunakan jika anda ingin: sebagai contoh, mendengar musik kerana dalam mod ini, anda akan mendapat peningkatan kelajuan yang dramatik.

  • Interlacing: Disini anda boleh memilih diantara 'None' dan 6 teknik jalinan yang lain, digunakan untuk menghilangkan sebarang "getaran" yang terdapat pada skrin.
    Di dalam kurungan '()' tersebut, anda boleh lihat efek-efek yang ada, dan juga kelemahan/kekurangan (Contohnya, FPS akan menjadi separuh semasa menggunakan mod 'Blend') setiap satu mod yang ada.
    Anda boleh mencuba setiap satu semasa permainan dijalankan dengan menekan butang F5 pada papan kekunci(keyboard).

    Sub-seksyen Scaling:

    Hanya boleh digunakan jika 'Hardware Renderer' telah dipilih diatas. Disini anda boleh menggunakan berbagai-bagai tetapan untuk memperbaiki kualiti visual permainan anda dengan meningkatkan resolusi tekstur. Adalah diingatkan bahawa dengan menukarkannya kepada 'Native Resolution', permainan/game boleh menghasilkan bermacam-macam masalah (daripada yang kecil kepada yang besar)

  • D3D internal res: Disini anda boleh menentukan resolusi yang tepat untuk sumber-sumber ditampilkan!
    Dengan cara ini, jika PC anda cukup berkuasa(terutamanya kad grafik), anda boleh bermain permainan PS2 kegemaran anda pada resolusi yang amat tinggi, dimana ia membolehkan grafik menjadi lebih terperinci.
    Tetapi, lebih tinggi resolusi yang digunakan, adalah lebih banyak sumber yang plugin perlu digunakan, dan ia menyebabkan permainan menjadi lebih perlahan daripada biasa.

  • Scaling: Tetapkan ia pada 1x untuk mengunakan pelbagai tetapan(Internal Resolution). Menetapkan ia pada 2x-6x akan mengandakan 'Internal Resolution' permainan pada nilai tersebut. Oleh itu, jika 'Native Resolution' permainan adalah 640x320, dan menetapkan ia pada 3x akan menampilkan ia pada 1920x960(tiga kali ganda daripada 'Native Resolution'). Cara ini akan menghalang masalah upscaling dimana ia akan muncul sekiranya anda menetapkan ia pada resolusi yang biasa di 'D3D Internal Res Boxes'.
    Kebanyakan permainan/games dan kad grafik boleh mengunakan scaling x2 atau x3, tetapi kelajuan akan jatuh pada ketetapan yang tinggi.

  • Native: Jika anda mengaktifkan kotak ini, plugin akan ditampilkan pada mod Native Resolution yang digunakan oleh PS2(oleh itu, kotak D3D Internal res dan Scaling telah tidak boleh digunakan)

    Subseksyen Mod Hardware:

    Hanya boleh digunakan jika Hardware Renderer telah dipilih diatas. Anda boleh menukar sebahagian tetapan untuk prestasi ekstra atau kualiti video.

  • Texture filtering: Terdapat 3 jenis kotak, iaitu Telah Dipilih(ticked), Tidak boleh dipilih(warna kelabu), dan Belum Dipilih(unticked).
    Apabila Telah Dipilih, kesemuan visual yang berada padadiskrin termasuklah 2D dan 3D akan berada pada mod Bilinear filtered.
    Apabila Tidak Boleh Dipilih, filtering adalah sepertimana yang digunakan dalam PS2.
    Apabila Belum Dipilih, Bilinear filtering tidak boleh digunakan, dan ia mengurangkan kualiti video, tetapi berguna untuk kad grafik yang perlahan.

  • Logarithmic Z: (Hanya untuk mod DX9) Tetapan ini akan memulihkan grafix permainan yang dapat "dilihat secara terus". Disyorkan dalam mod Telah Dipilih(Ticked).

  • Allow 8-bit textures: Menggunakan "tekstur berjerami" lebih efisien untuk semua tampilan yang mengurangkan keperluan RAM kad grafik. Ia juga meningkatkan prestasi dalam pengeluaran pemprosesan dan menyebabkan masalah visual. Disyorkan untuk mencuba kedua-duanya untuk memastikan yang mana berfungsi dengan lebih baik.

  • Alpha Correction (FBA): (Hanya untuk mod DX9) Pastikan ini diaktifkan kerana ia memperbaiki masalah blending semasa menggunakan mod DX9.

    Subseksyen mod Software:

    Hanya boleh digunakan jika Software Renderer dipilih diatas, Terdapat banyak pilihan yang membolehkan seberapa banyak pengunaan tampilan dan menekan Software AA on/off.

  • Rendering threads: Kotak ini hanya boleh digunakan jika Software Renderer digunakan. Anda boleh menentukan seberapa banyak thread GSdx akan digunakan semasa penampilan perisian, untuk menggunakan keseluruhan processor yang ada, contohnya. Tetapkan ia pada nilai 3 untuk prosessor Quad Core. Meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit dalam Multi-Core System untuk penampilan perisian yang lebih baik daripada 2 cores.

  • Edge anti-aliasing (AA1): Kotak ini boleh digunakan jika menggunakan Software Renderer. Apabila digunakan, plugin akan cuba membentuk anti-aliasing dalam permainan, menyebabkan peningkatan dalam visual. Pastikan ia digunakan dengan berhati-hati, sebab ia masih diperingkat percubaan.

    Subsekysen Hacks:

    Hanya boleh digunakan jika GSdx.ini file disunting secara manual dan menukarkan barisan AllowHacks=0 kepada AllowHacks=1. Tetapan yang berikutnya HANYA untuk pengguna yang mahir, kerana tetapan ini mampu dan AKAN menyebabkan masalah yang serius jika digunakan terhadap permainan yang diperlukan! (hanya akan memberi kesan terhadap dalam mod Hardware).

  • HW Anti Aliasing: Memasukkan Anti-Aliasing dari peringkat yang dipilih untuk setiap penampilan. Ia memerlukkan banyak memori kad grafik dan mungkin akan memberikan masalah(crash) kepada PCSX2 sekiranya RAM tidak mencukupi.

  • Alpha Hack: Gunakan ini sekiranya permainan anda mempunyai masalah dengan efek seperti kabus.

  • Offset Hack: Hack ini akan menambah cabang untuk semua permukaan supaya masalah biasa dalam upscaling dapat dikurangkan. Gunakan ia apabila kekaburan dan lingkaran muncul ditempat yang tidak sepatutnya.

  • Skipdraw Hack: Menentukan berapa banyak permukaan yang harus dilangkau selepas masalah pertama dijumpai. Kurangkan nilai seperti 1-3 dan selepas itu gunakan yang lebih tinggi(Lebih tinggi nilai, maka lebih tinggi peluang untuk masalah grafik dan efek timbul). Ia juga menyebabkan peningkat kelajuan secara tiba-tiba!


  • Movie Capture: Ini adalah fungsi yang tersembunyi (Tongue). Dengan menekan F12 semasa PCSX2 dijalankan bersama dengan GSdx, sebuah kotak mesej akan keluar. Dalam kawasan yang pertama, anda mesti menunjukkan kepada plugin tersebut dimana video yang diambil akan disimpan, dan juga dengan menentukan nama fail tersebut. Pada kawasan yang kedua, anda boleh pilih "Compression" codec seperti DivX atau "Uncompressed" yang digunakan mengekalkan saiz video yang diambil. Jika anda pilih compression codec, anda boleh menukar tetapannya dengan menekan butang "Config". Diingatkan bahawa hanya codec yang telah dimasukkan ke dalam PC anda boleh digunakan.
    Tekan F12 sekali lagi pada bila-bila masa untuk menamatkan penangkapan. Video yang dihasilkan akan ditingkat secara automatik untuk dilihat.

  • Tekan Ok untuk menyimpan sebarang perubahan atau Cancel untuk balik ke tingkap konfigurasi.
(Kerana anda sepatutnya menggunakan ZZZOgl selain daripada ZeroGS untuk kebanyakkan kes, semakan perlu dilakukan dalam seksyen ini. *KEBANYAKKAN* tetapan adalah sama)

Pilih ZeroGS v0.97.1 dan tekan butan 'Configure'

  • ZeroGS adalah plugin DirectX 9 yang dibangunkan oleh ZeroFrog dan bertujuan untuk digunakan dengan kad grafik yang menyokong Pixel shaders 2.0 atau tinggi. Seperti yang ditekankan sebelum ini, jika kad anda tidak memenuhi keperluan yang diperlukan, and akan mendapat mesej "Error opening gs plugin" dan PCSX2 akan ditutup.

  • Interlace Enable: Apabila ini diaktifkan, sebahagian masalah interlacing akan diperbaiki(seperti skrin "bergetar) walaupun sesetengah permainan kelihatan lebih baik jika ia tidak diaktifkan. Anda boleh mengaktifkannya semasa permainan berjalan dengan menekan "F5" pada papan kekunci.

  • Bilinear Filtering: Semasa ia diaktifkan, sebarang gambar yang ditayangkan akan ditapis oleh plugin, melincinkan bahagian tepi visual. Ia akan, secara keseluruhannya mengurangkan FPS secara dramatik kecuali jika anda menggunakan kad grafik yang berkuasa. Ia boleh diaktifkan semasa permainan berjalan dengan menekan dan menahan "Shift" dan tekan butang "F5". Terdapat 2 jenis mod Bilinear Filtering : normal bf dan forced bf. Dalam mod normal bf, ZeroGS akan menjalankan permainan itu seperti biasa. Dalam mod forced bf, ia akan menampilkan semua tekstur dengan Bilinear filtering. Forced bf boleh mendatangkan keganjilan pada sisi tekstur dalam sesetengah permainan, jadi dinasihatkan berhati-hati. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakkan kes, foced bf menghasilkan visual yang lebih licin.

  • Anti-aliasing: Disini anda boleh memilih peringkat Anti-Aliasing yang anda mahu plugin gunakan, membuat permukaan sisi lebih licin. Ia boleh diaktifkan semasa permainan berjalan dengan menekan butang "F6". Ini mungkin menyebabkan kelajuan dikurangkan.

    None : Tidak menggunakan sebarang peringkat Anti-Aliasing.
    2x: Akan mengunakan 2X anti-aliasing
    4x: Akan mengunakan 4X anti-aliasing
    8x: Akan mengunakan 8X anti-aliasing
    16x: Akan mengunakan 16X anti-aliasing

  • Wireframe rendering: Apabila diaktifkan, plugin hanya akan tampil dalam Wireframe, dan garisan poligon akan muncul Wink
    Anda boleh mengaktifkannya semasa permainan berjalan dengan menekan butang "F7".

  • Capture avi: Anda boleh menangkap video permainan anda sama seperti plugin GSdx. Tekan "F12" dan akan muncul box untuk pemilihan codec. Pada masa sekarang, anda hanya boleh mengunakan XviD Encoding kerana codec yang lain akan menimbulkan masalah(crash) terhadap plugin tersebut. Selepas itu, anda boleh membuat konfigurasi keatas codec dengan menukan butang 'Configure'. Tekan Ok dan proses merakam akan bermula. Tekan "F12" sekali lagi akan menamatkan rakaman. video akan disimpan dalam direktori PCSX2 sebagai "zerogs.avi".

  • Save snapshots as BMPs(asal adalah JPG): Ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan menekan "F8" dan akan disimpan sebagai fail BMP dan bukan sebagai fail JPGs. Gambar tersebut disimpan dalam folder /snaps dalam direktori PCSX2.

  • Fullscreen: Skrin output akan ditunjukkan dalam skrin penuh jika diaktifkan. Untuk mengaktifkannya semasa permainan berjalan, tekan dan tahan "ALT" dan tekan "ENTER" untuk pergi ke mod skrin penuh.

  • Widescreen: Sesetengah permainan/games menyokong mod skrin lebar, iaitu 16:9.

  • Default Window Size: Ia diaktifkan secara asal, terdapat pelbagai pilihan dimana membolehkan Window ditetapkan pada saiz tertentu, dan ia tidak memberi kesan terhadap kelajuan.

  • Anda boleh menekan dan menahan butang "Shift" dan tekan "F7" untuk melihat Frame per Second(FPS) di tingkap ZeroGS.

    ZeroGS Advanced Options

    • ZeroGS memberikan berbagai pilihan ekstra untuk digunakan dalam pelbagi tetapan. Graphic Synthesizer akan digunakan oleh permainan/games dalam pelbagai cara, dan sukar dan mustahil untuk ZeroGS menentukan bagaimana untuk mengendali GS. Sesetengah pilihan boleh menukar satu permainan/game daripada skrin rosak yang bergerak pada 2 frames setiap 2 saat kepada bagaimana seharusnya permainan tersebut kelihatan di PS2 yang bergerak pada 60 frames setiap satu saat.

    • Jika terdapat set pilihan yang berfungsi untuk sesuatu permainan, ia boleh disimpan ke dalam fail patch game tersebut supaya ia sentiasa boleh digunakan apabila permainan tersebut dimainkan. Ini sangat berguna kerana pilihan ini hanya akan diaktifkan untuk permainan yang terlibat.

    • Setiap set pilihan dalam ZeroGS mempunyai ID yang unik. Untuk mendapatkan ID tersebut, pergi ke konfigurasi ZeroGS, dan klik butang Compute OR of IDS. Ambil nombor yang dihasilkan, dan buka fail PNACH bagi permainan tersebut(selalunya CRC.pnach permainan tersebut). Selepas itu, tambah satu arisan ayat yang baru zerogs=xxxxxxxx dimana x adalah ID tersebut.

    Plugin GSnull v0.1.0

    • Sepertimana yang telah diterangkan pada permulaan seksyen ini, Ia adalah plugin Null yang tidak menampilkan sebarang visual pada skrin. Tekan "Configure" untuk mendapatkan menu berserta kotak 'tick' dimana kamu boleh Pilih/Tidak Memilih "Enable Logging" yang akan mengaktifkan/tidak mengaktifkan GS logging. Ia hanya digunakan oleh Pembangun(Developer).

    Bunyi(Sound):



    SPU2-X


    Plugin bunyi yang terbaru, dan terbaik pada masa panduan ini dibuat. Ia pertama sekali berdasarkan Gigaherz SPU2 dan kemudiannya diubahsuai oleh Jake Stine(juga dikenali sebagai Air) daripada kumpulan PCSX2.

    Ia juga merupakan plugin SPU2 yang hanya mampu menyokong proces-proses efek(seperti gema) dan Dolby Pro Logic (II) (jika anda mempunyai jenis kad bunyi yang mampu mentafsirnya).
    Ia juga merupakan plugin yang paling maju dalam mengendalikan chip dengan betul. Kebanyakkan permainan hanya berfungsi dengan SPU2-X!
    • Interpolation: Boleh pilih 1 daripada 5 pilihan:
      1)Nearest: Tiada tokokan yang dilakukan dalam mod ini, dan merupakan yang paling pantas.
      2)Linear: Merupakan pilihan yang disyorkan, dan membuat tokokan linear dalam bunyi
      3)Cubic: Perlahan, tetapi mempunyai kesesuaian yang tinggi.
      4)Hermite: Lebih perlahan, tetapi kualiti tinggi.
      5)Catmull-Rom: Perlahan, dengan kualiti yang lebih tinggi.

    • Disable effects processing: Jika digunakan, ia akan menghalang sebarang pengendalian terhadap efek, seperti gema(reverb), mengurangkan kualiti bunyi, tetapi meningkatkan kelajuan.

    • Reverb boost factor: Peningkatan disebabkan oleh faktor kekuatan efek seperti gema. Boleh menyebabkan masalah bunyi.

    • Enable debug options: Butang 'Configure debug Options' dapat digunakan sekiranya pilihan ini diaktifkan. Berguna untuk Pembangun dan perkara-perkara untuk debugging.

    • Module: Boleh pilih 1 daripada 5 tetapan, dimana mempunyai cara yang berlainan untuk mengeluarkan bunyi dari sistem anda.
      1)No sound: Tiada bunyi yang dikeluarkan(diam), menghasilkan kelajuan yang baik.
      2)X Audio 2: Cara yang disyorkan, berfungsi lebih baik jika digunakan pada Vista, pengguna XP mungkin perlu menggunakan pilihan yang ketiga.
      3)DirectSound: Memberikan kualiti bunyi yang kurang memuaskan daripada X Audio 2, hanya gunakannya jika ia berfungsi dengan baik.
      4)Wave out: Tidak disyorkan, pilihan 2 atau 3 seharusnya berfungsi dengan lebih baik.
      5)Portaudio: Ini merupakan satu-satunya pilihan selain ketiadaan bunyi dalam Linux.

    • Latency: Jika Latency mempunyai nilai yang rendah, maka penangguhan audio menjadi lebih kecil. PASTIKAN bahawa tetapan Latency yang terlalu rendah AKAN menyebabkan bunyi pecah, dan meletup, jadi ubah nilai tersebut sehingga anda mendapati nilai rendah tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah.

    • Mod Synchronizing:

    • TimeStretch: Tetapan asal, dan yang disyorkan. Ia mengekalkan audio dan video dalam mod sync, dan juga menghapuskan bunyi pecah, dan juga masalah bunyi yang lain. Jika kelajuan amatlah perlahan, bunyi pun akan perlahan sama sepertimana kelajuan video tersebut.
    • Async Mix: Menjadikan bunyi yang keluar daripada sync adalah sama dengan video, jadi anda akan mendapat bunyi yang normal walaupun frame rate tidak pada tahap yang optimum.Boleh menyebabkan permainan untuk terhenti dan tertutup, jadi guna dengan waspada!
    • None: Audio akan dilangkau jika anda gunakan mod ini, dan anda tidak dapat meggunakan kelajuan yang maksimum dengan permainan yang anda guna. Terdapat sedikit peningkatan dalam FPS.

  • Advanced: Disini anda boleh menetapkan bagaimana pengerak masa yang dipilih akan berfungsi.Seperti mana yang diterangkan dalam GUI, besar nilainya adalah lebih baik, jika anda tidak mendapat kelajuan yang baik, manakala yang bertentangan pula akan menjalankan permainan pada kelajuan yang penuh. Dengan menekan 'Reset to defaults' akan mengubah semua nilai balik kepada yang asal.

  • Audio Expansion mode: Buat pilihan jika anda ingin audio yang dihasilkan daripada plugin boleh dikembangkan kepada kesemua konfigurasi speaker dan bukan hanya dalam 2 saluran(stereo). Hanya boleh digunakan dengan modul XAudio2.
    • Stereo: Tetapan asal, tanpa sebarang tambahan audio dibuat.
    • Quadrafonic: Audio dikembangkan kepada 4 speaker.
    • Surround 5.1: Audio dikembangkan kepada 5.1 surround speaker
    • Surround 7.1: Audio dikembangkan kepada 7.1 surround speaker

  • Use a Winamp DSP plugin: Jika anda tidak tahu apa fungsi ini, biarkan sahaja. (Tidak terdapat dalam Linux buat masa sekarang)

ZeroSPU2


Ini adalah plugin SPU2 yang dibangunkan oleh zerofrog. ZeroSPU2 mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • ZeroSPU2 mempunyai ciri time-scaling, sama seperti SPU2-X. Untuk mengaktifkan pilihan ini, pergi ke konfigurasi ZeroSPU2 dan pilih kotak yang betul. Time-scaling berfungsi baik dibawah Windows, tetapi dapat juga dilakukan dalam Linux.

  • Mod Real time adalah mod tarikan masa yang lebih padat untuk permainan yang memerlukan ketepatan tambahan dan juga pengurangan latency.

  • Audio/video recording: Pilih Recording untuk merakam bunyi setiap permainan anda di dalam file "zerospu2.wav".

  • Mute: bunyi akan dimatikan, dan memberikan peningkatan dalam kelajuan.

PAD:


Anda boleh menggunakan 2 jenis plugin, iaitu Lilypad v0.10.0 dan SSSPSX Pad v1.7.1.

Pilih SSSPSX Pad v1.7.1 dan tekan butang 'Configure'.



Windows seperti ini akan keluar (tekan untuk pembesaran):

[Image: attachment.php?aid=26077]

Tekan butang 'Configure' untuk membuat konfigurasi terhadap SSSPSX Pad.
  • Disini, anda hanya perlu menekan pada setiap nama butang tersebut, dan masukkan butang yang anda ingin gunakan. Jika anda ingin menghilangkan butang daripada dimasukkan, tekan pada butang yang berkenaan dan tunggu sehingga "Timeout:" dimana masa akan mencapai nilai '0', butang tersebut akan balik kepada NONE.

  • Tekan/klik pada tab PAD1/PAD2 disebelah atas bahagian kiri untuk bertukar daripada memasukkan Controller 1 kepada Controller 2.

  • SSSPSX Pad menyokong kontroller beranalog. Anda boleh mengelaskan axis analog anda pada butang "LX,LY,RX,RY". LX adalah untuk analog kiri X-Axis, LY adalah untuk analog kiri Y-Axis, RX adalah untuk analog kanan X-Axis, Ry adalah untuk analog kanan Y-Axis.

  • Butang R3 dan L3 adalah butang untuk stick analog yang terdapat pada kontroller PS2, R untuk kanan, dan L untuk kiri seperti biasa.

Pilih Lilypad v0.10.0 dan tekan butang 'Configure'.


Windows seperti ini akan keluar (tekan untuk membesar):

[Image: attachment.php?aid=26075]
  • Lilypad adalah plugin input yang sangat maju dan menyokong papan kekunci, tetikus, pad permainan, dan pad XBOX 360. ia juga mempunyai hack yang sangat berguna untuk kegunaan PCSX2 seperti, ESC hack ataupun pilihan Disable Screensaver.

  • Untuk lebih penerangan mengenai setiap tetapan, dan bagaimana untuk menggunakannya, pergi ke thread rasmi plugin tersebut DISINI. Anda juga boleh memuaturun versi yang terbaru daripada thread tersebut ataupun daripada seksyen memuaturun plugin.

Cdvdrom:


Dalam kebanyakkan situasi, anda boleh menggunakan ISO Loader yang telah disediakan dalam PCSX2 dengan memilih ISO dalam menu CDVD, dan seterusnya dibawah ISO Selector, pilih samada menggunakan imej daripada senarai, atau mencari imej tersebut untuk pernambahan.

Tetapi, jika anda ingin menggunakan plugin sebagai cara untuk menjalankan permainan daripada cakera DVD , ataupun menghasil ISO, pilih "Plugin" pada menu CDVD, dan pilih plugin CDVD.
Pada asalnya, PCSX2 mengandungi Gigaherz CDVD v0.8.0, Linuz Iso CDVD v0.9.0 dan CDVDnull v0.6.0.

Pilih Gigaherz's CDVD v0.8.0 dan tekan 'Configure'.

  • Pilih huruf drive daripada mana plugin tersebut akan membaca cakera itu. Ia akan secara terus memainkan permainan PS2 anda daripada CD/DVD yang telah dimasukkan dalam drive.

  • Plugin ini mempunyai kesesuaian yang sederhana semasa penukaran cakera. Jika anda mempunyai masalah dalam penukaran cakera dalam permainan, cuba plugin ini!

Pilih Linuz Iso CDVD v0.9.0 dan tekan 'Configure'.

  • Plugin ini mempunyai kebolehan yang ekstra untuk mengecilkan saiz imej anda, dan juga mengurangkan penggunaan saiz cakera semasa menjalankan imej untuk PCSX2.
    • Klik Select Iso untuk memilih imej permainan yang anda ingin mainkan/kecilkan. Selepas sahaja anda memilih imej, anda boleh menutup tingkap konfigurasi supaya anda boleh memainkannya ataupun tekan 'Compress Iso' untuk mengecilkannya. Jika kamu memilih imej yang sudah dikecilkan, anda juga boleh memilih "Decompress Iso" untuk memulihkannya kepada keadaan yang asal.

    • Dibawah "Compression Method" anda boleh memilih ".Z - Compress faster", untuk mengecilkan imej dengan pantas tetapi pada saiz yang besar ataupun ".BZ - Compress better", untuk mengecilkan imej secara perlahan tetapi pada saiz yang kecil.

    • Dibawah Options, anda boleh memilih/tidak memilih "Enable Block Dump=>'block.dump'". Jika dipilih, ia akan menghasilkan fail block.dump dalam folder PCSX2(dimana pcsx2.exe berada) daripada permainan yang dimainkan. Fail ini adalah seperti iso dalam bentuk yang kecil, untuk kegunaan debugging. Ia akan menyimpan bacaan sektor semasa game tersebut dijalankan, jadi selepas itu, anda boleh memainkan fail(menggunakan "select iso" daripada Linuz Iso CDVD) dan jalankan ia tanpa mengunakan imej/cd/dvd. Diingatkan bahawa, jika permainan tersebut cuba untuk membaca sektor yang lain yang tidak termasuk dalam fail dump, ia akan berhenti berfungsi.

    • Tekan Ok untuk menyimpan segala perubahan.

    CDVDnull v0.6.0

    • Ini adalah plugin Null, sama seperti GSnull, bermaksud ia tidak melakukan apa-apa dan juga tidak mempunyai skrin konfigurasi.

    Dev9:


    Ini adalah plugin yang akan mengurus HDD(cakera keras, Hard Disk Drive) dan pengendalian ethernet. Terdapat hanya Dev9null v0.5.0 yang disediakan dalam pakej 0.9.7, dan lain lagi plugin Null yang sama seperti yang lain.
    Juga terdapat plugin Dev9 yang terbaru dalam pembangunan oleh Luigi__, iaitu plugin MegaDev9 yang masih berada pada peringkat awal tetapi mempunyai harapan yang bagus. Pada masa sekarang, ia hanya mampu mengendali HDD Ps2. Anda boleh mendapatkannya daripada DISINI.

    Usb:


    Ini adalah plugin yang mengawal pengendalian USB(Universal Serial Bus). Pakej yang dikeluarkan termasuklah USB Null v0.7.0, yang juga plugin Null.

    Firewire:


    Plugin ini mengawal port Firewire PS2. Hanya FWnull v0.6.0 disertakan bersama pakej.

    BIOS(Basic Input Output System)


    Dalam senarai ini, anda akan mencari imej bios, hanya jika anda mempunyai lebih daripada satu, dan telah meletakkannya pada folder bios yang dipilh. Diingatkan bahawa cara SAH untuk mendapatkan bios adalah melalui playstation 2 ANDA sendiri.JANGAN bertanya dimana anda boleh mendapatkan bios di dalam forum PCSX2, kerana ia adalah bertentangan dengan peraturan. Ini adalah kerana BIOS ps2 adalah benda yang dihakcipta oleh Sony dan itu membuatkan pengagihan benda ini adalah tidak sah, bermaksud kami akan berada dalam masalah jika didapati melakukannya atau menyokongnya. Jika imej BIOS anda tidak kelihatan pada senarai walaupun selepas memilih direktori bios yang betul, maka ia adalah imej yang rosak.

    Peringatan: Ia adalah disyorkan supaya anda mempunyai kesemua fail untuk BIOS yang lebih baru daripada SCPH-10000.bin. Anda mungkin dapat menjalankan bios ataupun permainan tanpanya, tetapi terdapat kebarangkalian yang ia akan memberi kesan terhadap kesesuaian permainan. Ini termasklah rom1.bin, rom2.bin,erom.bin dan fail SCPH-xxxxx dimana xxxxx adalah versi terbaru bios anda(contohnya, SCPH-34004). Fail tersebut juga boleh dihasilkan melalui PCSX2 selepas sahaja anda membuat konfigurasi bios(tetapan zon masa, bahasa, dan sebagainya) tetapi ia adalah lebih baik jika anda mendapat fail ini secara terus daripada Playstation 2 anda. Sekali lagi, JANGAN TANYA dimana boleh mendapatkan fail-fail tersebut, sebab ia adalah sebahagian daripada BIOS.

    Berikut adalah penerangan ringkas mengenai fail tersebut oleh auMatt:
    auMatt Wrote:Biasanya, PS2 pertama Jepun mempunyai satu bios dan pemain dvd dan sebagainya disimpan dalam memcard.
    PS2 selepas model pertama mempunyai perisian DVD Player yang dimasukkan dalam ROM(EROM) berasingan.
    ROM1 adalah bahagian tambahan BIOS tersebut yang mengandungi sebahagian benda ekstra seperti ID untuk versi DVD Player, dan sebagainya.
    ROM2 adalah sama tetapi hanya untuk PS2 Chinese.
    Harap ini dapat membantu.

    PS2 Bios, ROM1, ROM2, EROM dan NVM boleh dihasilkan oleh Bios dumper yang baru. Dapatkan ia DISINI

    Peringatan: Untuk penyesuaian yang maximum, adalah disyorkan supaya anda menggunakan imej BIOS yang berbeza daripada SCPH10000.BIN, iaitu bios yang lama. Ini kerana dengan BIOS ini masalah akan timbul dalam pengendalian kad memori dan juga seksyen lain.

    Bagaimana untuk mengekstrak fail bios daripada PS2 anda: Sila lihat PS2Dev dan juga thread DISINI.

    Semua konfigurasi untuk plugin PCSX2 telah habis dilakukan.

    Tab BIOS daripada tingkap pemilih Plugin/BIOS:


    Disini anda akan melihat skrin yang sama dengan First Time Configration Wizard, dengan penggunaan yang sama ini, bermaksud dengan memilih fail BIOS daripada senarai dan ,menukar folder tersebut dimana PCSX2 akan cuba mencari fail imej BIOS anda.

    Tab Folders daripada tingkap pemilih Plugin/BIOS:


    Disini anda boleh menukar folder tersebut dimana sebahagian fail-fail yang dihasilkan oleh PCSX2 akan disimpan. Dengan tidak memilih "Use Default Settings" anda boleh mengklik butang "Browse" untuk mencari folder yang anda pilih dimana PCSX2 akan menyimpan fail seperti Save States, Snapshots, dan log/dump secara berasingan.

    Tetapan Core


    Seterusya adalah tetapan Core PCSX2 yang boleh dijumpai dibawah tetapan Config => Emulation. Anda akan lihat tingkap seperti ini(tekan untuk membesar):

    [Image: attachment.php?aid=26073]

    Terdapat 6 tab, iaitu EE/IOP, VUs, GS, GS Window, Speedhacks dan Gamefixes. Kita bermula dengan EE/IOP.

    Tab EE/IOP daripada Emulation Settings:


    EE/IOP yang singkatan daripada Emotion Engine/Input Output Processor dimana adalah components penting untuk Playstation 2. Berikut adalah penerangan untuk setiap tetapan yang ada:
    • Emotion Engine: Pilih "Recompiler" untuk mengaktifkan pengumpul untuk Emotion Engine, memberikan jumlah kelajuan yang amat besar. Ia adalah amat bersesuaian, jadi ia haruslah digunakan. Dengan memilih "Interpreter" anda akan menggunakan mod Interpeter yang amat perlahan, dimana dalam kebanyakkan situasi ia lebih bersesuaian, tetapi selalunya digunakan untuk sebab debugging.

    • IOP: Tetapan yang sama dengan diatas untuk Input Output Processor. Penggunaan Interpeter disini tidak menyebabkan kelajuan berkurangan seperti EE tetapi sebaliknya.

    • Round mode: Akan menukarkan bagaimana pusingan nombor yang terapung akan dikira. Jika permainan anda kaku(freezing) disesuatu tempat, cuba tukar nilai disini. Nilai yang asal dan bersesuaian adalah Chop/Zero.
      Ia akan bertukar secara automatik apabila 'Enable Patches' dipilih dibawah System untuk sesetengah permainan, yang dikenalpasti memerlukan nilai yang berlainan selain daripada yang asal.

    • Clamping mode: Tetapan ini akan bergerak daripada laju kepada perlahan, dan dari atas ke bawah. Jadi 'None' adalah paling laju tetapi kurang bersesuaian dan "Full' adalah paling lambat tetapi lebih bersesuaian. Nilai asal ialah 'Normal' yang bergerak baik untuk kebanyakkan permainan tanpa perlu kelajuan yang banyak. Ia akan bertukar secara automatik apabila 'Enable Patches' dipilih dibawah System untuk sesetengah permainan, yang dikenalpasti memerlukan nilai yang berlainan selain daripada yang asal.

    • Flush to Zero: Boleh memberikan sedikit peningkatan dalam kelajuan tetapi kesesuaian dikurangkan. Adalah disyorkan.

    • Denormals are Zero: Memberikan peningkatan kelajuan yang amat baik dan tidak memberikan sebarang masalah.

    • Restore Defaults: Tekan untuk menggembalikan kesemua tetapan kepada nilai yang asal(dilihat sebagai Gelap dalam Vista/Windows 7 dan warna Hijau dalam Windows XP).

    Tab VUs daripada Emulation Settings:


    VUs adalah singkatan daripada Vector Units yang merupakan co-processors daripada Playstation 2 yang berfungsi secara bersebelahan dengan EE dan IOP. Playstation 2 mempunyai 2 co-processors yang dipanggil VU0 dan VU1. Berikut merupakan penerangan untuk setiap tetapan yang ada:
    • VU0: Dalam kotak radio ini, anda boleh memilih satu daripada 3 pilihan: Interpreter, microVU Recompiler dan superVU Recompiler [legacy].

      • Interpreter: Dengan memilih ini, PCSX2 akan menggunakan Interpreter untuk unit VU0, dimana ia amatlah perlahan dan tidak bersesuaian. Hanya untuk kegunaan percubaan dan debugging.

      • microVU Recompiler: Ini merupakan Recompiler yang terbaru untuk Vector Units dibuat oleh cottonvibes. Pilihan ini mempunyai kesesuaian yang tinggi dengan permainan, lebih stabil dan mempunyai kelajuan yang sederhana. Disyorkan.

      • superVU Recompiler [legacy]: Recompiler yang lama untuk Vector Units dibuat oleh zerofrog. Ia tidaklah dibangunkan secara aktif lagi(tag legacy), dan mempunyai kesesuaian yang amat teruk berbanding dengan microVU, tidak stabil dan selalunya sedikit laju. Hanya digunakan untuk mengenalpasti sesuatu masalah dengan recompiler yang baru atau pada situasi yang jarang, ia berfungsi lebih baik daripada microVU.

    • VU1: Seperti diatas, tetapi untuk unit Vektor 1.

    • Round mode: Sama seperti EE/IOP

    • Clamp mode: Tetapan ini akan bergerak daripada laju kepada perlahan, dan dari atas ke bawah. Jadi 'None' adalah paling laju tetapi kurang bersesuaian dan 'Extra+Preserve Sign' adalah paling lambat tetapi lebih bersesuaian. Nilai asal ialah 'Normal' yang bergerak baik untuk kebanyakkan permainan tanpa perlu kelajuan yang banyak. Jika anda mendapat poligon yang tajam atau geometri yang buruk, cuba menetapkannya pada 'Extra+Preserve Sign'. Ia akan bertukar secara automatik apabila 'Enable Patches' dipilih dibawah System untuk sesetengah permainan, yang dikenalpasti memerlukan nilai yang berlainan selain daripada yang asal.

    • Flush to Zero: Boleh memberikan sedikit peningkatan dalam kelajuan tetapi kesesuaian dikurangkan. Adalah disyorkan.

    • Denormals are Zero: Memberikan peningkatan kelajuan yang amat baik dan tidak memberikan sebarang masalah.

    • Restore Defaults: Tekan untuk menggembalikan kesemua tetapan kepada nilai yang asal(dilihat sebagai Gelap dalam Vista/Windows 7 dan warna Hijau dalam Windows XP).

    Tab GS daripada Emulation Settins:


    GS adalah singkatan daripada Graphic Synthesizer dimana ia bertanggungjawab untuk menampilkan grafik daripada Playstation 2(dan perkara lain). Berikut adalah penerangan untuk setiap pautan:

    • Framelimiter: Pilihan-pilihan dalam bahagian ini boleh digunakan untuk mengawal frame rate permainan anda dalam pelbagai cara.

      • Disable Framelimiter: Dengan memilih pilihan ini, permainan anda akan bergerak selaju mana PC anda boleh lakukan, dan tidak mempedulikan kesemua tetapan dan had yang terdapat di bawah. Boleh diaktifkan semasa permainan dengan menekan butang F4.

      • Base Framerate Adjust: Disini anda akan mengawal framerate asas untuk permainan anda dalam bentuk peratus. Jika anda membiarkan asas frame rates NTSC dan PAL secara kekal (60 dan 50 fps setiap satu), 100% bermaksud 60fps untuk NTSC dan 50fps untuk PAL, 110% adalah 66fps dan 55fps masing-masing. Frame Limiter akan menghadkan jumlah FPS permainan anda kepada nilai ini. Menetapkannya lebih tinggi daripada 100% BUKANLAH satu kelajuan dalam mana-mana bentuk, adalah disyorkan untuk mengekalkannya pada nila asal, iaitu 100%.

      • Slow Motion Adjust: Disini anda akan mengawal kelajuan permainan dimana ia dihadkan apabila Slow Motion diaktfkan. Peratusan menunjukkan ia berada diatas asas Framerate. jadi 50% bermaksud setengah daripada kelajuan asas Framerate, anda boleh lihat bagaimana ia dikira dalam FPS.
        Boleh diaktifkan ketika permainan berjalan dengan menekan butang Shift dan Tab(belum lagi berfungsi sepenuhnya pada masa sekarang.)

      • Turbo Adjust: Sama dengan Slow Motion tetapi akan diaktifkan sekiranya mod turbo digunakan.
        Boleh digunakan semasa permainan dengan menukan butang 'Tab'

      • NTSC Framerate: Menentukan kelajuan permainan NTSC. Kelajuan asal(dan normal) untuk permainan ini adalah 59.94, tetapi anda boleh mengabungkan kedua-dua pilihan dengan pilihan diatas.
        Tips: Dengan menetapkannya pada nilai rendah, ia dapat meningkatkan kelajuan beberapa permainan tetapi akan menimbulkan masalah kepada sesetengah game.

    • Frame Skipping: Pilihan yang terdapat dalam bahagian ini boleh digunakan untuk mengetahui cara frame skipping berfungsi, satu teknik adalah dengan melangkau frames permainan tersebut untuk menjadikannya bergerak dengan lebih licin apabila kelajuan penuh tidak dapat digunakan. Seperti mana yang dikatakn oleh GUI, ciri ini boleh dan akan menyebabkan kegagapan, kelipan dan lain-lain bergantung kepada permainan tersebut. Boleh diaktifkan semasa permainan dengan menekan 'Shift' dan F4.

      • Disabled: Apabila dipilih, ia akan menghilangkan Frame Skipping, disyorkan jika mendapat kelajuan yang secukupnya.

      • Hanya melangkau semasa mod Turbo: Semasa dipilih, akan hanya mengaktifkan Frame Skipping jika mod turbo dihidupkan.

      • Constant Skipping: Apabila dipilih, membolehkan pengunnan Frame Skipping secara berterusan.

      • Frames to Draw: Menentukan seberapa banyak frames akan diambil sebelum dilangkau.

      • Frames to Skip: Menentukan seberapa banyak frames akan dilangkau apabila frames diatas sudah diambil.

    • Use Synchronized MTGS: Ia adalah untuk menggunakan mod MTGS yang berlainan. AMAT perlahan, hanya untuk kegunaan debugging.

    • Disable all GS output: Menghalang kesemua pengeluaran grafik. Digunakan untuk menanda tahap kelajuan PCSX2 dan debugging.

    Tab GS Window daripada Emulation Settings:


    Disini anda boleh mengawal pelbagai aspek daripada pengeluaran video PCSX2.Berikut merupakan penerangan tetapan yang ada:

    • Aspect Ratio: Anda boleh memilih Fit to Window/Screen yang akan memanjangkan video supaya muat dalam tingkap anda, Standard (4:3) akan menetapkan nisbah aspek video anda kepada 4:3 ataupun Widescreen (16:9) yang memberikan kesan yang sama dengan nisbah 16:9. Diingatkan bahawa display permainan akan dipanjangkan, mencacatkan display yang normal. Untuk mendapatkan skrin lebar yang lebih baik, anda harus menetapkannya di menu permainan yang berkaitan(jika ia boleh digunakan).

    • Custom window size: Menetapkan saiz yang diinginkan untuk tingkap video dalam pixels.

    • Disable window resize border: Membuang sebarang sempadan yang digunakan daripada tingkap video.

    • Always hide mouse cursor: Petunjuk/kursor tetikus tidak akan dapat dilihan apabila memasuki tingkap video.

    • Hide window on suspend: Tingkap video tidak dapat dilihat apabila pengendali ditutup.

    • Default to fullscreen mode on open: PCSX2 akan bermula dengan skrin penuh. Tukar balik ke Windowed dengan menekan Alt dan Enter.

    • Use exclusive fullscreen mode (jka ada): Jika dipilih, pelbagai cara display akan digunakan yang mana ia lebih baik untuk monitor CRT dan kad video yang lama. Ini adalah TIDAK disyorkan kerana ia boleh menyebabkan kehilangan memori dan/atau masalah lain apabila bertukar daripada window kepada Full Screen dan sebaliknya.

    • Wait for vsync on refresh: PCSX2 akan menggunakan vsync yang boleh mengurangkan kesan lubang tetapi juga mengurangkan FPS yang sebenar dengan jumlah yang banyak. Digunakan pada mod Full Screen dan tidak berfungsi dengan kesemua plugin GS.

    Tab Speed Hacks daripada Emulation Settings:


    Speed Hacks mempunyai teknik yang pelbagai yang digunakan untuk meningkatkan kelajuan pengendalian dengan mengorbankan ketepatan pengendalian. Kesemua pilihan ini boleh dan akan menyebabkan pelbagai masalah yang teruk(bugs, crashes) jadi gunakannya dengan berhati-hati! Juga diingatkan bahawa ia hanya memberikan kesan terhadap permainan-permainan tertentu, jadi anda mungkin tidak mendapat sebarang kelajuan bergantung kepada permainan. Berikut adalah penerangan mengenai tetapan yang ada:
    • Enable speedhacks: Pilih/Tidak memilih ini untuk cara cepat bagi mematikan/menghidupkan kesemua hack yang dipilih dibawah.

    • Emotion Engine (EE) Cyclerate: Hack ini akan meningkatkan masa untuk operasi pengendalian itu perlukan, menjadikan tugas lebih senang dilakukan untuk CPU anda. Pilihan selain daripada yang asal akan merosakkan permainan anda, membuat ia kelihatan perlahan atau laju secara tiba-tiba.

      • Default Cycle Rate - Slider Level 1: Bukan hack, ia akan mengendali EE dan kelajuan sebenar.
      • Slider Level 2: Mengurangkan EE Cycle Rate sebanyak 33%. Peningkatan kelajuan yang sederhana, kesesuaian yang rendah.
      • Slider Level 3: Mengurangkan EE Cycle Rate sebanyak 50%. Peningkatan kelajuan yang tinggi, kesesuaian yang sederhana. Juga menyebabkan audio bergetar dalam video permainan.


    • VU Cycle Stealing: hack ini meningkatkan jumlah kitaran Vector Unit(VU) yang diambil daripada Emotion Engine(EE). Ia juga boleh dan akan menyebabkan bacaan FPS yang salah (terutamanya pada nilai yang tinggi), skrin berkelip, perlahan dan lain-lain masalah dengan permainan tertentu!

      • Slider Level 0: Bukan hack, ini akan menghalang pengambilan VU Cycle.
      • Slider Level 1: Peningkatan kelajuan yang kecil, kesesuaian yang sedikit.
      • Slider Level 2: Peningkatan kelajuan yang besar, kesesuaian yang sederhana.
      • Slider Level 3: Peningkatan kelajuan yang kecil berbanding level 2, kesesuaian yang amat besar. Level ini tidak akan berfungsi dengan baik untuk kebanyakkan permainan yang menyebabkan kelipan, perlahan dan masalah grafik dan memberikan peningkatan kelajuan yang lebih sedikit diatas level 2 jika ia berfungsi. Tidak disyorkan kecuali untuk permainan-permainan tertentu.

    • Other Hacks: hack yang mempunyai berbagai-bagai kegunaan.
      • Enable INTC Spin detection: Hack ini adalah laluan pintas untuk situasi dimana permainan PS2 buat apabila ia tidak bergerak, tengok tooltip untuk lebih penerangan. Selain daripada membuat idle loop, ia hanya melompat kepada penghujungnya dan bersambung dari sana. Boleh memberikan tambahan besar dalam kelajuan tetapi hanya untuk permainan tertentu. Juga merupakan hack yang paling selamat, mempunyai kesesuaian yang pelbagai, disyorkan.

      • Enable Wait Loop detection: Sama dengan cara diatas, tengok tooltip untuk maklumat tambahan. Peningkatan kelajuan yang sederhana tanpa sebarang kesesuaian, disyorkan.

      • Enable fast CDVD: Mengurangkan masa menjalankan permainan dengan menetapkan mode akses cakera yang cepat. Sila lihat senarai kesesuaian HDLoader yang TIDAK akan berfungsi dengan ini. Tidak disyorkan kerana ia mendatangkan masalah untuk kebanyaknan permainan.

    • microVU Hacks: Hack ini hanya digunakan apabila microVU dipilih sebagai recompiler dalam tab VU daripada Emulation Settings. Jika superVU dipilih, hack ini tidak akan memberi kesan.

      • mVU flag hack: Lihat tooltip untuk lebih penerangan bagaimana ia berfungsi. Peningkatan kelajuan yang sederhana dan kesesuaian yang tinggi, disyorkan.

      • mVU block hack: Lihat tooltip untuk lebih penerangan bagaimana ia berfungsi.Peningkatan kelajuan dan kesesuaian yang tinggi.

      • mVU Min/Max hack: Lihat tooltip untuk lebih penerangan bagaimana ia berfungsi.Peningkatan kelajuan yang sedikit, dan kesesuaian yang sederhana.

    • Restore defaults: Hanya klik 'Restore all Settings" balik kepada nilai yang asal(juga menghalang kesemua hack dalam tab ini).

    Tab game fixes daripada Emulation Setings:


    Ia merupakan pembaik untuk permainan istimewa(special game fixes) dimana permainan tersebut memerlukan sesuatu yang istimewa supaya dapat dikendalikan tanpa masalah. Ia juga hanyalah untuk sementara sehingga terdapat pembaik/fix yang sebenar, dan kebanyakan daripadanya adalah dibuat secara automatik jika "Enable Patches" dipilih dibahagian System.

    • VU Add hack: Hack ini adalah diperlukan kerana PS2 tidak mengikuti standard IEEE pada apungan.
      Hanya aktifkannya untuk 'Star Ocean 3','Valkyrie Profile 2' dan 'Radiata Stories'.

    • VU Clip Flag Hack: Hack ini hanya diperlukan apabila superVU dipilih sebagai recompiler dibahagian Emulation Settings. Diperlukan untuk permainan Persona.

    • FPU Compare Hack: Hack ini diperlukan disebabkan oleh jarak yang terhad diperlukan untuk nombor poing apungan ditakrifkan oleh standard IEEE yang PS2 tidak ikuti. Hanya aktifkannya untuk 'Digimon Rumble Arena 2'.

    • FPU Multiply Hack: diperlukan untuk 'Tales of Destiny'.

    • FPU Negative Div Hack: diperlukan untuk permainan Gundam, memperbaiki pandangan kamera.

    • VU GXkick Hack: Menambah banyak penangguhan terhadap arahan VU XGkick. Diperlukan untuk 'Erementar Gerad'.

    • FFX videos fix: Membuat GIF keluar sebelum melakukan kerja IOU. Membaiki lapisan kelabu dalam video 'Final Fantasy X'.

    • EE timing Hack: Hack yang kepelbagaian penggunaannya, untuk kegunaan 'Digital Devil Saga'.'SSX'.'Resident EvilLaughead Aim'.

    • Skip MPEG Hack: Guna ini untuk melangkau pengenalan yang kaku untuk mengelakkan kegantungan.

    • OPH flag Hack: Diperlukan untuk 'Bleach Blade Battle', 'Grownlanser' II dan III dan 'Wizardy'

    Pilihan Miscellaneous


    Sekarang untuk menerangkan pilihan-pilhan berikut:

    • System =>Boot CD/DVD (full): Jika anda tekan ini, emulator akan menjalankan imej yang telah dipilih dalam plugin CDVD(atau ISO Selector) atau ia akan meminta anda untuk mencari imej jika anda belum memilihnya di konfigurasi plugin CDVD. Jika anda menggunakan plugin Gigaherz CDVD, ia akan menjalankan CD/DVD yang berada dalam drive yang dipilih. Mod "Full" akan pertama sekali memasuki pengenalan BIOS sepertimana yang terdapat pada konsol PS2. Gunakannya pada permainan yang mempunyai berbagai bahasa, atau dengan hakcipta.

    • System =>Boot CD/DVD (fast): Pilihan ini akan melangkau pengenalan BIOS dan menjalankan permainan secara terus.

    • System =>Run ELF...: Anda boleh menggunakan ini untuk menjalankan demo yang kebanyakannya dalam format .elf.

    • System =>Suspend/Resume: Anda boleh gunakan ini untuk Suspend atau Resume permainan pada bila-bila masa.

    • System =>Load State/Save State: Disini anda boleh menggunakan load/save states semasa menjalankan permainan. Dengan "Other", anda boleh menentukan dengan sendiri fail nama yang berlainan.

    • System =>Check/Uncheck Enable Patches: Ini akan mengaktifkan atau tidak mengaktifkan patch permainan. Patches mempunyai berbagai penggunaan, daripada melangkau video permainan yang tidak boleh dikendalikan dan menghentikan emulator daripada bergerak kepada yang lebih maju. Ia juga akan mengaktifkan konfigurasi istimewa dan pembaik permainan bagi permainan yang memerlukannya.

    • System =>Check/Uncheck Enable Cheats: Ini akan mengaktifkan atau tidak mengaktifkan Cheats permainan. Cheats berfungsi sama seperti patches, tetapi ia dikeluarkan daripada folder Cheats untuk PCSX2. Lihat pelbagai panduan dari forum kami untuk mengetahui cara untuk membuat fail cheat untuk PCSX2.

    • System =>Check/Uncheck Enable Host Filesystem: Ini akan mengaktifkan/atau tidak Host Filesystem daripada PCSX2. Selalu digunakan oleh demo dan homebrew.

    • System =>Shutdown: Ini akan menutup permainan yang anda main dan reset PCSX2.

    • System =>Exit: Tutup emulator

    • CDVD =>
      • Iso Selector: Ini adalah bahagian dalaman untuk mengeluarkan ISO bagi PCSX2, yang tidak memerlukan plugin CDVD. Anda boleh memilih imej cakera yang PCSX2 sokong dengan Tekan/Klik Browser dan jalankan ia. Untuk memudahkan anda, menu ini juga menyimpan senarai imej yang telah digunakan. Ini hanya berfungsi jika ISO yang dipilih daripada menu jejari dibawah!
      • Plugin Menu-Plugin Settings: Ini akan menunjukkan plugin CDVD yang anda telah pilihdan biarkan anda membuat konfigurasi(selain daripada secara manualnya pergi ke Plugin/BIOS Selector, dan lakukan ia dari situ.)
      • ISO-Plugin-No Disc: Menu jejari ini mengawal sumber daripada mana PCSX2 akan menggunakanya.jika anda pilih ISO, bahagian dalaman ISO loader akan digunakan untuk menjalankan permainan yang dipilih.(seperti yang diterangkan diatas) Jika pilih Plugin yang sudah disediakan, ia akan digunakan untuk menjalankan permainan anda. Jika anda pilih No Disc, tiada permainan yang akan digunakan dan PCSX2 akan menjalankan ia dalam BIOS.

    • Config =>
      • Emulation Settings: Akan membuka skrin Emulation Settings yang telah diterangkan pada permulaan panduan ini.

      • Memory cards: Akan membuka pengurus kad memori.

      • Dengan mengklik Browser, anda boleh menentukan folder yan mana PCSX2 akan gunakan untuk menjalankan kad memorinya.

      • Butang Delete dan Disable muncul apabila salah satu fail memcard daripada senarai dipilih, anda boleh Delete ataupun Disable memcard tersebut.

      • Enable Multitap on Port 1: Akan mengaktifkan Multitap sehingga lebih daripada 4 kad memori. Masih dapalm pembikinan.

      • Enable Multitap on Port 2: Sama seperti diatas.

      • Auto-Eject Memcards when loading save states: Penerangan boleh dibaca pada GUI, disyorkan untuk digunakan.
    • Video (GS)/Audio (SPU2)/Controllers (PAD)/Dev9/USB/Firewire =>Plugin Settings: Akan membuka skrin konfigurasi untuk setiap plugin yang dipilih(tersenarai disini)
      (Video/Audio/Pad/Dev9/USB/Firewire)

    • Patches: Akan membuka tingkap Patch. Belum dilaksanakan dalam 0.9.7 beta.
    • Multitap 1: Mengaktifkan Multitap 1. Belum dilaksanakan dalam 0.9.7 beta.
    • Multitap 2: Mengaktifkan Multitap 2. Belum dilaksanakan dalam 0.9.7 beta.
    • Clear all Settings: akan menghilangkan kesemua tetapan yang disimpan, dan memulihkannya seperti yang asal dan membuka First Time Configuration Wizard sekali lagi.


    • Misc =>
      • Check/Uncheck Show Console: Ini akan mengaktifkan/tidak mengaktifkan tingkap kedua yang akan muncul dibelakang display PCSX2 dan ia digunakan untuk debugging. Anda boleh menghasilkan berbagai-bagai mesej yang boleh menolong kamu untuk mengenalpasti masalah semasa menjalankan permainan yang dilakukan untuk setiap masa oleh emulator. Mesej Merah adalah untuk silap/salah dan mesej Kuning adalah untuk amaran.


      • Print cdvd info: Jika dipilih, CD/DVD akan membaca emulator dan akan dikeluarkan di dalam konsol. Digunakan untuk debugging.

    • About: Disini anda boleh melihat pembuat-pembuat emulator dan penghargaan.
    Jika anda masih mempunyai masalah dalam menggunakan emulator, sila post masalah anda di forum PCSX2 DISINI selepas membaca peraturan-peraturan forum dengan penuh perhatian.

    Kembali keatas

    Itu sajalah! Harap panduan ini boleh menolong dan memberikan bantuan kepada semua orang-orang yang baru sahaja menggunakan PCSX2 dan juga kepada ahli yang telah mencuba setiap pilihan dalam PCSX2 untuk membuatkan lebih banyak permainan(games) berfungsi.

    Terima kasih kepada Gigaherz kerana menunjukkan cara untuk membuat indek berfungsi dengan Firefox Smile
    Banyak-banyak terima kasih kepada kawan saya Regulus untuk latarbelakang, skrip smilies dan juga pertolongan dia. Smile
    Terima kasih kepada Razor Blade untuk memperbaiki imej sempadan.
    Terima kasih kepada crushtest untuk memberitahu sebarang masalah dengan Firefox dan juga pendapatnya.
    Terima kasih kepada Nachbrenner untuk pendapatnya dan penambahannya
    Terima kasih kepada Falcon4ever untuk pertolongannya dalam validasi XHTML
    Terima kasih kepada rama untuk membantu saya dengan sedikit penerangan.

    Dibuat oleh Bositman.
    Diterjemah oleh meganova.

    Guide Logs :
    12-04-2010
    - guide posted
    - almost all parts of the guide has been translated
    12-06-2010
    - translating some parts of the guide
    - fixes some grammar/spelling errors
    - makes the guide more composed