Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Panduan Rasmi Konfigurasi PCSX2 v.1.2.1 (in progress)
#1
Video Panduan Konfigurasi


Memandangkan panduan ini sangat teliti dan panjang, avih telah menghasilkan panduan mula pantas yang boleh didapati di sini. Jika anda masih mempunyai persoalan dan mahu mengetahui pilihan mana yang lebih baik, teruskan membaca Smile

Di dalam panduan ini, saya akan cuba menerangkan bagaimana untuk men-konfigurasi PCSX2 dengan betul dan memberi sedikit tips dalam memulakan permainan. Langkah-langkahnya:

1) Muat turun PCSX2 v1.2.1 dari SINI.
2) PCSX2 didatangkan dalam 3 perasa, full installer, web installer dan binari. Full installer mempunyai DirectX web installer didatangkan sekali, web installer akan memuat turun dari Internet, dan binary hanya mempunyai program serta plugin-plugin. Muat turun yang mana pilihan di hati atau jika tidak pasti, ambil full installer.
3) Gunakan installer (jika anda memuat turun installer) atau jika anda memuat turun binary buka archive dan ekstrak kandungannya ke dalam sebuah folder. (Cth, C:\PCSX2)
4) Buka pcsx2-5875.exe di dalam folder dimana anda telah install atau ekstrak fail tersebut.

Untuk Pengguna Linux
Dapatkan fail binary baru (mempunyai masalah yang telah diselesaikan berbanding keluaran 0.9.8) dari sini atau dari Github. Untuk men-"compile" daripada "source", ikuti arahan-arahan dalam Installation Guide for Linux.
Anda perlu pastikan semua ini telah dipasang: libaio-dev, libasound2-dev, libbz2-dev, libcg, libcggl, libegl1-mesa-dev, libglew-dev, libgtk2.0-dev, libjpeg-dev, libsdl1.2-dev, libsoundtouch-dev, libsparsehash-dev, libwxbase2.8-dev, libwxgtk2.8-dev, nvidia-cg-dev, nvidia-cg-toolkit, portaudio19-dev, zlib1g-dev.

Plugin yang sering digunakan Linux termasuk: ZZOgl-pg (or ZZOgl), GSdx OpenGL/SDL, SPU2-X, ZeroSPU2, OnePad, Linuz Iso, EFP Iso, and EFP Polling.

Indeks
  1. Tetapan Plugin
  2. Tetapan BIOS
  3. Tetapan Core
  4. Tetapan Lain-lain
  5. Tetapan Shortcuts dan Hotkeys

Tetapan PCSX2


PCSX2 mempunyai tetingkap First Time Configuration wizard untuk membantu anda men-konfigurasi dengan lebih mudah maka kita akan melaluinya terlebih dahulu.

Dalam skrin pertama, anda akan diminta untuk memilih bahasa. 

Dalam senarai tersebut, pilih bahasa yang anda mahu untuk program.

PCSX2 akan menyimpan semua tetapan, kad memori dan fail-fail baru yang dihasilkan selalunya di dalam folder Documents anda jika anda menggunakan installer, atau dalam folder yang sama dimana pcsx2-r5875.exe berada jika anda menggunakan versi binary.

Dalam skrin kedua anda akan diberi peluang untuk memilih plugin yang ingin digunakan. Plugin yang asal adalah yang mempunyai kesesuaian yang tinggi dan selalunya yang terpantas juga, jadi sebelum menukar pastikan anda tahu apa yang anda lakukan.
Disini anda juga boleh menyatakan folder pilihan anda dengan mengklik Browse. Open In Explorer cuma membuka tetingkap file explorer dalam folder yang anda telah nyatakan.

Dalam skrin ketiga, anda akan diminta untuk memilih imej BIOS daripada senarai. Jika anda dapati tiada apa-apa dalam senarai, anda perlu membuat salinan fail BIOS dalam folder dibawah, atau ubah folder tersebut ke mana anda simpan imej BIOS tersebut. Untuk maklumat lanjut berkenaan BIOS, semak seksyen BIOS configuration dalam panduan ini. Jika anda gagal membuat pilihan, anda tidak boleh menggunakan PCSX2. Tekan Finish untuk menutup tetingkap First Time Configuration Wizard.


Ini adalah GUI (Graphical User Interface) utama PCSX2 . Dari sini, anda boleh mengubah tetapan atau plugin yang digunakan oleh PCSX2 mengikut citarasa anda.
Kita akan bermula dengan tetapan plugin kemudian kita akan beralih kepada tetapan Core.
Pergi ke Config =>Plugin/BIOS selector untuk memilih dan menetapkan plugin yang akan digunakan PCSX2. Anda akan melihat skrin yang berikut (klik untuk besarkan):


Terdapat 3 tab, Plugins, BIOS and Folders.

Plugins tab di Plugins/BIOS Selector:


Pertama sekali, anda boleh menyahtandakan kotak use default setting dibawah dan memilih sebuah folder dengan mengklik Browse. Ini adalah folder dimana PCSX2 memuatkan plugin-pluginnya.
Di sebelah kiri anda dapat melihat komponen yang di emulate oleh setiap plugin (GS, PAD, SPU2 dll), di tengah anda mempunyai senarai pilihan plugin, dan di sebelah kanan terdapat butang Configure yang akan membuka tetingkap dialog tetapan untuk plugin yang dipilih.
Sentiasa ingat bahawa setiap kali anda menukar plugin, anda perlu menekan butang "Apply" supaya emulator dapat memuatkan plugin baru dan memastikan butang Configure boleh digunakan.

Sekarang masa untuk tetapan plugin:

Grafik:



Pertama sekali, anda harus memeriksa versi pixel shader dan DirectX (Windows) yang disokong kad grafik anda. Anda boleh berbuat demikian di sini.

Buat masa ini anda boleh menggunakan 3 plugin GS: GSdx v0.1.16, ZeroGS v0.97.1 and GSnull driver v0.1.0.

GSdx v0.1.16 adalah plugin DirectX 9 dan DirectX 10/11 daripada Gabest dimana sejak kebelakangan ini menjadi lebih hebat dalam aspek kelajuan kualiti imej. Ia memerlukan pixel shader 2 dan SSE2 untuk bekerja dan Windows Vista/Windows 7/8 dengan kad grafik yang menyokong DirectX 10 untuk mode DirectX10/11.

ZeroGS adalah plugin lama yg telah terhenti penaik-tarafan setelah bertahun-tahun. Sedikit sahaja games yg berfungsi lebih baik apabila plugin ini digunakan berbanding GSdx, anda boleh mencuba plugin ini sebagai pilihan terakhir.

GSnull, seperti namanya, adalah plugin grafik null yang tidak akan mengeluarkan apa-apa video output. Ia digunakan untuk tujuan debugging. 


Pilih GSdx v0.1.16 dan tekan butang Configure.

  • Pertama sekali GSdx datang dalam 5 versi, SSE2, SSSE3, SSE4.1, AVX dan AVX2.Hanya JIKA CPU anda menyokong set arahan ini, gunakan versi yang tertinggi boleh dicapai kerana dalam rentetan ini dari perlahan ke yang terpantas: SSE2, SSSE3, SSE4.1, AVX and AVX2. Set AVX dan AVX2 yg baru ini akan meningkatkan kelajuan renderer software dalam GSdx sahaja. Nota: Pengguna AMD jangan tersilap pandang antara SSE3 dan SSSE3 (lebih 1 S) dan SSE4A dengan SSE4.1, mereka adalah sangat berlainan dan tidak disokong. Dalam hal ini, gunakan SSE2.
    CPU menyokong SSE2: Lihat sini 
    CPU menyokong SSSE3: Lihat sini
    CPU menyokong SSE4.1: Siri Intel Core 2 Duo Penryn (model E7xxx,E8xxx and Q9xxx), Intel Corei3, Intel Corei5, Intel Corei7, AMD Bulldozer/Bobcat
    CPU yg menyokong AVX: Lihat sini
    CPU yg menyokong AVX2: Lihat sini

  • Untuk menggunakan mode DirectX10/11, anda perlu mempunyai Windows Vista atau Windows 7/8 dengan kad grafik yang menyokong DirectX10/11 (lihat link sebelum ini)    

  • Mode DirectX10 dan DirectX11 buat masa ini adalah sama dalam terma kelajuan dan kesesuaian. Hanya satu perbezaan yang anda dapat lihat adalah pertama jika kad grafik anda menyokong sehingga DirectX 10 dan hanya yang kedua jika kad grafik anda menyokong hingga DirectX 11

  • Adapter: Disini anda boleh menetapkan adapter mana yg akan digunakan GSdx. Sangat berguna untuk pengguna yg mempunya grafik kad hybrid dimana anda boleh memilih adapter yg lebih baik prestasinya.

  • Renderer: Disini anda boleh memilih bagaimana grafik akan dipaparkan.

    Dengan memilih "Direct3D9 (Hardware)", GSdx akan menggunakan kebolehan Direct3D pada kad grafik anda, dimana meningkatkan kelajuan emulation dengan sangat ketara.

    Dengan memilih "Direct3D10/11 (Hardware)" (hanya boleh dipilih dalam Vista/Windows 7 dengan kad grafik DX10/11), GSdx akan menggunakan mode Direct3D10/11 dimana adalah mode yang terpantas dan juga lebih stabil. Sangat disyorkan jika sistem anda menyokongnya.

    Dengan memilih "Direct3D9/10/11 (software)", GSdx akan menggunakan renderer terbina dalaman, dimana tidak akan menggunakan langsung kad grafik, tetapi pemproses anda. Kelajuan emulation sangat perlahan tetapi anda mendapat kestabilan maksimum. Digalakkan jika anda menghadapi masalah grafik renderer Direct3D (Hardware).

    Dengan memilih "OpenGL (hardware)", GSdx akan menggunakan 'OpenGL' untuk rendering yang pada masa ini, tidak sebaik GSdx, mungkin juga sama prestasi atau jauh lebih teruk berbanding GSdx. Manakala untuk pengguna Linux, ini adalah pilihan yg terbaik.

    Dengan memilih "OpenGL (software)", GSdx akan menggunakan OpenGL dalam mode software yg juga mempunyai perihal yg sama seperti mode diatas.

    Dengan memilih "Direct3D9 (null)", Direct3D10/11 (null)", "Null (software)" atau "Null (null)" plugin tidak mengeluarkan apa-apa, maka tiada output dikeluarkan pada skrin. Hanya gunakan jika cthnya. mendengar muzik, anda akan peningkatan kelajuan yang dramatik.

  • Interlacing: Disini anda boleh memilih antara None, Auto dan 6 lagi teknik interlacing, yang digunakan untuk menghilangkan "shaking" pada paparan. Kami menggalakkan anda membiarkannya pada Auto.
    Dari segi kelebihan/kekurangan, anda akan dapat melihat kesan dan kekurangan (cth. nota sepatuh FPS dalam mode blend) bagi setiap mode.
    Anda boleh mencuba satu-persatu semasa bermain dengan menekan F5 pada papan kekunci.

    Subseksyen Scaling:

    Hanya boleh digunakan jika anda telah memilih Hardware Renderer seperti yang diatas. Disini anda dapat mengubah seting-seting untuk menambah-baik kualiti visual permainan dengan meningkatkan resolusi tekstur yang dipaparkan atau menambah filtering. Sila ambil perhatian bahawa menukar resolusi native pada permainan boleh menyebabkan berbagai jenis glitch (dari yang biasa hingga ke yang serius dalam sesetengah kes).

  • D3D internal resolution: Disini anda boleh menetapkan resolusi permainan anda akan dipaparkan!
    Cara ini, jika PC anda cukup berkuasa (terutamanya kad grafik), anda boleh memainkan permainan PS2 yang disukai pada resolusi yang lebih tinggi dimana menjadikan grafik lebih tajam dan teliti.
    Sila ambil perhatian bahawa lebih tinggi resolusi, lebih banyak sumber yang digunakan plugin, menjadikan emulation lebih perlahan. 

  • Original PS2 Resolution - Native: Jika tandakan kotak ini, plugin akan memaparkan permainan dalam resolusi native seperti ps2 sebenar (sebab itu Custom Resolution dan Scaling tidak dapat digunakan).

  • Scaling: Tetapkan ia ke Custom untuk menggunakan apa-apa yang telah anda setkan dibawah (Custom Resolution). Tetapan 2x-6x akan mendarab resolusi dalamn permainan dengan nilai tersebut dan memaparkannya. Jadi, jika resolusi native permainan adalah 640x320, tetapan 3x akan memaparkannya pada 1920x960 (tiga kali ganda resolusi native). Cara ini dapat mengelakkan upscaling bug yang akan hadir jika menetapkan Custom Resolution dalam kotak dibawah.
    Pada masa ini, kebanyakan permainan dan kad grafik boleh melakukan 2x atau 3x scaling dengan baik tetapi akan mendapat penurunan kelajuan yang mendadak pada seting yang lebih tinggi.

  • Custom Resolution: Apabila Scaling ditetapkan pada Custom, anda boleh memasukkan apa-apa resolusi yang anda mahu permainan anda dipaparkan.

    Enable Shade Boost:

    Apabila ini ditandakan, satu set pilihan baru boleh didapati dengan menekan butang "settings" di sebelah kanan. Anda boleh mengubah kepekatan, keterangan dan kontras untuk output video GSdx. Anda boleh menekan butang reset di sebelah kiri bawah untuk mengembalikan "slider" pada tempat asal.

    Enable FXAA:

    Apabila ini dihidupkan, GSdx akan mengaplikasikan algoritma FXAA anti-aliasing untuk menambah kualiti visual dengan hanya sedikit pengurangan prestasi games anda. Anda boleh menhidupkan/mematikan fungsi ini dengan butang PgUp.

    Enable FX Shader:

    Sejak versi 1.2.0, PCSX2 mampu menggunakan program shader luaran untuk menambah efek-efek atau meningkatkan kualiti imej. Asalnya, PCSX2 didatangkan dengan 4 scanline shader (anda boleh mencuba shader-shader ini dengan menekan butang F7). Untuk set shader lebih besar yg mempunyai UHQ FXAA, Bilinear FS Filtering, Bicubic FS Filtering, Gaussian FS Filtering, High Quality Blended Bloom, Per-Channel Gamma Correction, Scene Tone Mapping, RGB Colour Correction, S-Curve Contrast Enhancement, Texture, Sharpening, Pixel Vibrance, Post-Complement Colour Grading, Cel Shading, Scanline Emulation, Vignette dan Subpixel Dithering anda boleh memuat turun fail shader Asmodean dari forum kami di SINI. Buka fail zip tersebut dan ekstrak PCSX2Fx_Settings.txt dan shader.fx ke direktori sama dimana pcsx2-r5875.exe berada. Anda boleh mengubah tetapan shader dengan membuka fail PCSX2Fx_Settings.txt dan mengikut arahan yg diberikan dalam fail tersebut dan save fail dengan tetapan yg anda pilih. Sila ambil perhatian bahawa tetapan di dalam fail tersebut mampu menjejaskan prestasi games anda.  Anda juga boleh menggunakan shader luaran dengan renderer GSdx (software), dimana ia adalah jalan terbaik untuk meningkatkan kualiti visual games dalam mode ini. Anda boleh menggunakan butang Home untuk menghidup/mematikan fungsi ini.


    Subseksyen mode Hardware:

    Hanya boleh digunakan jika Hardware Renderer telah dipilih diatas. Disini anda boleh mengubah sedikit seting untuk peningkatan kelajuan atau kualiti video.

  • Texture filtering: Kotak ini mempunyai 3 keadaan. Ditandakan, tidak boleh ditanda dan tidak ditandakan.
    Apabila ditandakan, semua yang berada di skrin (2D dan 3D) akan di'filter' secara bilinear. 
    Apabila tidak boleh ditanda, filtering akan dilakukan sebagaimana PS2 
    Apabila dimatikan, bilinear filtering akan dimatikan sepenuhnya. Mengurangkan kualiti video tetapi dapat membantu kad grafik yang perlahan.

  • Logarithmic Z: Seting ini berguna apabila sesetengah grafik pada permainan kelihatan "tembus". Boleh dihidupkan hanya pada kad grafik yang TIDAK menyokong 32bit Z-buffer.

  • Allow 8-bit textures: Menggunakan "palletized textures" dengan lebih efisien untuk semua rendering dimana mengurangkan penggunan RAM kad grafik. Pada masa yang sama ia menambah muatan pemproses dan boleh menyebabkan masalah visual. Disyorkan untuk mencuba kedua-duanya dan lihat mana satu yang memberikan lebih kelajuan.

  • Alpha Correction (FBA): (Mode DX9 sahaja) Biar ia dihidupkan kerana ia menyelesaikan sesetengah masalah blending yang ada pada mode DX9. Boleh juga menyebabkan isu.

    Subseksyen Hacks:

    Check Enable HW hacks to enable the options described below. Click configure to select which you want to enable.
    Seting ini HANYA utk pengguna mahir yg tahu apa yg mereka lakukan. Seting ini akan dan MAMPU menyebabkan "glitches" jika digunakan pada permainan yg tidak memerlukannya! (hanya memberi kesan pada mode hardware).

  • MSAA: Menambah Anti-Aliasing pada kadar yg dipilih ke permukaan paparan. Ini memberi permintaan yg tinggi terhadap memori kad video anda dan mampu menyebabkan PCSX2 "crash" jika terdapat kes kekurangan memori. Utk maklumat lanjut, sila baca penerangan yg terdapat di panel sebelah kanan kotak tersebut.

  • Skipdraw: Akan melangkau sesetengah frame, tetapan ini mampu menyebabkan masalah pada games. Nyatakan berapa frame yg anda mahu langkau pada tetapan ini. Gunakan nilai 1 - 3 sebagai permulaan (lebih tinggi nilai yg anda nyatakan, lebih tinggi risiko untuk masalah pada games anda. Hack ini juga mungkin menyebabkan games kelihatan seperti dilajukan secara rawak.

  • Alpha: Cuba ini jika games anda mempunyai masalah pada fog dan sebagainya. Pada umumnya, anda digalakkan mencuba seting ini jika games anda mempunya masalah.

  • Half-pixel Offset: Hack ini akan menambah offset ke semua permukaan yg akan mengurangkan masalah grafik semasa menggunakan upscaling. Guna ini apabila texture pada games kelihatan seperti di-"shift" ke bahagian atas kiri.

  • Sprite: Sila baca penerangan di kotak untuk maklumat lanjut.

  • WildArmsOffset: Tetapan ini diketahui mampu fix pelbagai masalah pada kebanyakan games, sila baca penerangan pada kotak untuk maklumat lanjut.

  • Aggressive-CRC: Sila baca penerangan di kotak untuk maklumat lanjut.

  • Alpha Stencil: Sila baca penerangan di kotak untuk maklumat lanjut.

  • Nvidia Hack: Gunakan hack ini jika anda menggunakan kad grafik Nvidia dan mengalami efek ganjil semasa menghidup/mematikan scaling.

  • Disable CRCs: Akan mematikan hack-hack untuk GSdx bagi sesetengah games. Biasanya anda akan mengalami lebih banyak masalah berbanding ini dimatikan, tapi untuk games seperti Shadow of the Colossus, tetapan ini adalah amat berguna.

  • TC Offset X/Y: Seperti yg telah diterangkan, seting ini mampu menghilangkan masalah "misalignment" semasa menggunakan scaling. Anda boleh melihat contoh dimana seting ini membantu games seperti Persona 3, Haunting Ground and Xenosaga. Anda boleh menggunakan nilai yg sama atau cuba sendiri.

    Subseksyen mode Software:

    Hanya boleh digunakan jika Software Renderer telah dipilih seperti diatas. Disini anda mengubah berapa banyak thread yang akan digunakan oleh renderer dan hidup/matikan software AA.

  • Extra Rendering threads: Kotak ini hanya boleh digunakan jika teknik software rendering telah dipilih. Disini anda boleh menyatakan berapa banyak thread yang akan digunakan oleh GSdx untuk rendering, juga mengambil kesempatan terhadap kesemua teras (core) yang dimilik pemproses anda, cth. setkannya ke 3 untuk pemproses 4 teras (quad). Meningkatkan kelajuan dengan mendadak dalam sistem multi-teras dengan software rendering melebihi dwiteras.

  • Edge anti-aliasing (AA1): Kotak ini hanya boleh digunakan jika menggunakan teknik software rendering. Apabila ditanda, plugin akan cuba menggunakan sejenis anti-aliasing pada permainan lalu meningkatkan kualiti visual. Beri perhatian semasa menggunakannya, masih belum lengkap lagi buat masa ini.


  • Movie Capture: Ini adalah ciri-ciri(Tongue) tersembunyi. Dengan menekan F12 semasa PCSX2 dijalankan bersama GSdx, sebuah kotak akan terpapar. Dalam ruang pertama anda perlu menyatakan plugin dimana fail video akan disimpan dan memberi nama kepada fail tersebut. Dalam ruang kedua anda boleh memilih codec mampatan seperti x264vfw atau "Uncompressed" yang tidak akan memampat video langsung. Jika anda memilih satu codec mampatan, anda akan dibenarkan untuk mengubah seting codec tersebut dengan menekan butang "Config". Sila ambil perhatian bahawa hanya codec yang telah dipasang dalam PC anda akan muncul. 
    Tekan F12 dua kali pada bila-bila masa untuk berhenti merakam. Video yang telah dihasilkan akan dilajukan ke 100% secara automatik untuk keseronokan menonton Smile Jika menggunakan SPU2-X, fail audio akan disimpan sebagai recoding.wav dalam folder yang sama dimana pcsx2-r5350.exe berada.

  • Tekan OK untuk meyimpan perubahan yang telah dibuat atau tekan Batal untuk kembali semula tetingkap Configuration utama.

Pilih ZeroGS v0.97.1 dan tekan butang Configure.

  • ZeroGS adalah plugin DirectX yg dihasilkan ZeroFrog disasarkan pada pengguna kad grafik yg menyokong pixel shader 2.0 keatas. Seperti yg dinyatakan sebelum ini, jika kad grafik anda tidak memenuhi keperluan plugin, PCSX2 akan mengeluarkan mesej "Error opening gs plugin" dan PCSX2 akan tertutup dengan sendiri.

  • Interlace Enable: Apabila ini dihidupkan sesetengah masalah interlacing akan dapat diselesaikan (screen "shaking") walaupun ada games yg kelihatan lebih baik jika ia dimatikan. Anda boleh on/off fungsi ini dengan butang F5.

  • Bilinear Filtering: Apabila ini ditanda plugin akan melakukan filter pada paparan, seperti efek smoothing pada garisan. Ini akan menyebabkan FPS anda menurun kecuali anda mempunyai kad grafik yg berkuasa tinggi. Anda boleh on/off fungsi ini dengan menekan butang Shift dan F5 serentak. Terdapat 2 jenis mode bilinear filtering: normal bf dan forced bf. Kadangkala games akan meminta GS untuk me-render textures dengan point sampling, bukan linear sampling. Dalam mode normal bf , ZeroGS akan mengikut kehendak mode yg diminta games. Dalam mode forced bf, ia akan me-render semua textures dengan bilinear filtering. Forced bf akan menyebabkan artifak2 pelik pada garisan textures dalam sesetengah games, maka sila berhati-hati ketika menggunakan fungsi ini. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, forced bf menghasilkan paparan lebih baik.

  • Anti-aliasing: Disini anda boleh memilih level anti-aliasing yg anda mahu, untuk meningkatkan kualiti paparan. Anda boleh on/off fungsi ini dengan menggunakan butang F6. Sila ambil perhatian fungsi ini mampu mengurangkan prestasi games anda.

    None: Tiada AA digunakan
    2x: 2x AA
    4x: 4x AA
    8x: 8x AA
    16x: 16x AA

  • Wireframe rendering: Apabila ditanda, games akan di-render dalam mode wireframe, anda akan dapati garisan-garisan poligon akan terpapar.
    Anda boleh on/off fungsi ini dengan butang "F7".

  • Capture avi: Anda boleh merakam permainan anda dengan GSdx. Tekan "F12" dan pilih codec yg tersedia. Pada masa ini anda hanya boleh menggunakan XviD kerana codec lain akan menyebabkan emulator crash. Selepas anda memilih codec, anda boleh mengubah tetapan codec tersebut. Tekan OK dan rakaman pun bermula. Tekan"F12" untuk menghentikan rakaman. Video yg dirakam akan disimpan di dalam folder root dengan nama "zerogs.avi".

  • Save snapshots as BMPs(default is JPG): Seperti yg dinyatakan, butang "F8" akan menyimpan screenshot anda dalam format BMP. Screenshot yg telah diambil disimpan dalam folder snaps.

  • Fullscreen: Memaparkan games anda dalam keadaan fullscreen. Anda juga boleh menggunakan kombinasi butang Alt + Enter untuk fungsi ini.

  • Widescreen: Sesetemgah games menyokong fungsi skrin lebar. Dengan menggunakan fungsi ini, ZeroGS memaparkan games dalam skala 16:9.

  • Default Window Size: Anda boleh mengubah saiz tetingkap games anda yg akan digunakan secara tetap. Pilih yg mana anda suka, tetapan ini tidak akan menjejaskan fps games anda.

  • Anda boleh menekan butang "shift" dan "F7" untuk on/off paparan FPS dalam tetingkap games anda.

ZeroGS Advanced Options

  • ZeroGS mempunyai beberapa tetapan tambahan untuk sedikit penambah-baikan. Adakala games akan menggunakan Graphics Synthesizer lain drpd yg lain, Ada juga kes dimana ZeroGS tidak boleh mengagak bagaimana untuk menggunakan GS. Sesetengah tetapan mampu mengubah paparan rosak dalam keadaan serendah 2 FPS kepada paparan terbaik seperti yg didapati dalam PS2 sebenar pada 60 FPS.

  • Jika sesetengah tetapan mampu menambah baik paparan sesetengah games, anda mampu menyimpan tetapan dalam bentuk patch supaya tetapan yg telah dibuat tidak akan menganggu paparan games lain.

  • Setiap fungsi dalam ZeroGS mempunyai id unik. Untuk mengetahui id, pergi ke kotak konfigurasi ZeroGS, lakukan sebarang tetapan, kemudian klik pada Compute OR of IDS. Ambil nombor yg dihasilkan dan buka fail pnach untuk games tersebut (selalunya dinamakan sebagai CRC.pnach). Kemudian tambah zerogs=xxxxxxxx dimana 'x' adalah id.
           

Plugin GSnull v0.1.0

  • Seperti yang telah dinyatakan pada permulaan seksyen ini adalah plugin Null maka ia tidak akan mengeluarkan apa-apa pada skrin. Tekan Configure untuk sebuah menu dengan kotak dimana anda boleh menanda/nyahtandakan "Enable Logging" yang akan menghidup/mematikan GS logging. Ia patut digunakan untuk tujuan debugging dan untuk kegunaan para pembina (developer).

Suara (Sound):




SPU2-X


Plugin terbaik dan terkini pada panduan ini ditulis. Pada mulanya ia berdasarkan SPU2 Gigaherz dan diubah suai oleh Jake Stine (Air) dari kumpulan PCSX2.
Plugin ini adalah satu-satunya plugin SPU2 yang menyokong pemprosesan efek (seperti reverb) dan Dolby Pro Logic (II) (jika kad suara a.k.a. sound card anda mampu men 'decode' nya).
Ia juga mampu melakukan emulation terhadap chip dengan betul. Kebanyakan permainan hanya akan berfungsi dengan SPU2-X!
  • Interpolation: Disini anda boleh memilih 1 daripada 5 pilihan:
    1)Nearest: Seperti yang telah dinyatakan oleh plugin, tiada interpolation akan dilakukan dalam mode ini dan ia adalah yang terpantas.
    2)Linear: Melakukan interpolation linear pada suara, pantas.
    3)Cubic: Ini adalah salah satu jenis interpolation. Agak perlahan, mempunyai nada tinggi yang baik.
    4)Hermite: Pilihan ini adalah disyorkan. Sangat menyamai apa yang dikeluarkan oleh PS2 sebenar, maka paling tepat, tetapi sedikit perlahan berbanding yang diatas.
    5)Catmull-Rom: Ini juga salah satu jenis interpolation. Perlahan, kualiti lebih tinggi.

  • Disable effects processing: Jika anda menandakan ini, apa-apa efek daripada emulation seperti reverb akan dimatikan, mengurangkan kualiti tetapi meningkatkan kelajuan.

  • Use de-alias filter: Seperti yang dinyatakan, akan meningkatkan kekuatan ton-ton tinggi.

  • Enable debug options: Menanda ini akan membolehkan anda menekan butang Configure Debug Options. Apabila ditekan ia akan memaparkan beberapa pilihan logging yang boleh dihidupkan untuk tujuan debugging. Sesuai untuk para pembina.

  • Module:  Disini anda boleh memilih 1 daripada 5 pilihan:
    1)No sound: Tidak akan megeluarkan apa-apa suara (mute) lantas meningkatkan kelajuan.
    2)X Audio 2: Berguna untuk pengguna Vista, pengguna XP lebih sesuai dengan pilihan ketiga. Jika anda mempunyai masalah dengan PortAudio, gunakan pilihan ini.
    3)DirectSound: Kelebihannya kurang sedikit berbanding X Audio 2, gunakan jika lebih baik bagi anda.
    4)Wave out: Tidak digalakkan, pilihan 2 dan 3 selalunya adalah lebih baik.
    5)Portaudio: Pilihan ini adalah disyorkan. Menggunakan "crossplatform library" yang dipanggil Portaudio. Hanya ini pilihan yang boleh dipilih pengguna Linux selain daripada tiada suara.

  • Host API: Ini adalah API yg akan digunakan Portaudio untuk menghasilkan suara, sekiranya Windows WASAPI mengalami masalah, cuba tetapan DirectSound.

  • Device name: Disini anda boleh memilih peranti untuk penghasilan suara. Jika tiada suara dihasilkan dengan pilihan 'Default Device', pilih peranti dalam menu.

  • WASAPI Exclusive mode: Pilih ini untuk menggunakan peranti audio anda dalam mode eksklusif, supaya aplikasi lain tidak boleh menggunakan peranti audio selain PCSX2.

  • Output Latency: Semakin rendah latency, semakin pendek delay dalam audio anda. Anda boleh membiarkannya dalam pilihan 'Use smallest possible' untuk plugin bekerja dalam mode Auto, atau masukkan nilai custom. Ambil perhatian jika latency terlalu rendah, ia AKAN menyebabkan penghasilan suara yg tidak normal, jadi pilih nilai paling rendah yg terbaik untuk games anda.
  • Mode Synchronizing:
    • TimeStretch: Seting asal dan digalakkan. Ia akan cuba menyamakan audio dan video, lantas mengelakkan "cracks" dan masalah lain. Ambil perhatian bahawa jika kelajuan rendah, suara juga akan menjadi perlahan seperti paparan apabila seting ini digunakan.
    • Async Mix: Menjadikan audio lari daripada video, maka suara yang dihasilkan adalah seperti normal walaupun frame rate anda tidak optimal. Boleh menyebabkan permainan hang atau crash maka gunakannya dengan berhati-hati!
    • None: Audio akan melangkau jika anda memilih mode ini dan juga apabila anda tidak mendapat kelajuan maksimum dalam permainan yang anda jalankan. Sedikit peningkatan FPS.
  • Advanced: Disini anda boleh menala (fine tune) bagaimana pemanjang masa (time stretcher) anda bekerja. Seperti yang dinyatakan oleh GUI, nilai yang lebih besar adalah lebih baik jika anda tidak mendapat keputusan yang baik manakala yang sebaliknya adalah benar jika anda menjalankan permainan anda pada kelajuan penuh. Menekan Reset to Defaults akan menetapkan semua nilai disini balik kepada yang asal.

  • Mode Audio Expansion: Disini anda boleh memilih jika anda mahu audio yang dihasilkan plugin dihalakan (expansion) ke semua pembesar suara mengikut setup yang telah anda lakukan dan bukan dalam 2 channel sahaja (stereo). Hanya boleh digunakan bersama modul XAudio2..
    • Stereo: Seting asal. Tiada audio expansion dilakukan jika ini telah dipilih.
    • Quadrafonic:  Akan melakukan expansion ke 4 pembesar suara
    • Surround 5.1: Akan melakukan expansion ke pembesar suara surround 5.1
    • Surround 7.1: Akan melakukan expansion ke pembesar suara surround 7.1
  • Use a Winamp DSP plugin: Jika anda tidak tahu apa ini, abaikan. (Tiada untuk Linux buat masa ini.)

ZeroSPU2


Plugin SPU2 ini dihasilkan oleh zerofrog. ZeroSPU2 mempunyai ciri-ciri seperti:
  • ZeroSPU2 mempunyai ciri time-scaling seperti SPU2-X. Untuk menggunakan fungsi ini, pergi ke dialog konfigurasi ZeroSPU2 dan tandakan kotak yg berkenaan. Fungsi ini bekerja dengan baik dalam Windows, namun begitu boleh juga digunakan dalam Linux.

  • Mode real time adalah mode dengan ketepatan tambahan dan latency, dimana sesetengah games memerlukannya.

  • Audio/video recording: Tandakan ini untuk merakam suara untuk video anda, ia akan dinamakan sebagai zerospu2.wav.

  • Mute: Akan mematikan penghasilan suara, mampu meningkatkan prestasi games.

PAD:


Disini anda boleh menggunakan 3 jenis plugin, v0.11.0, Pokopom 2.1.0 dan SSSPSX Pad v1.7.1.

Select Lilypad v0.11.0 and press the Configure button.


You'll see a window like this (click to enlarge):


  • Lilypad is a very advanced input plugin supporting keyboards, mouse, game pads and XBOX 360 pads. Also it includes some very handy hacks for use with PCSX2 like the ESC hack or the Disable Screensaver option.

  • For a very detailed description about what each setting does and how to properly configure it, visit the official thread of the plugin HERE.

Select Pokopom 2.1.0 and press the Configure button.


You'll see a window like this (click to enlarge):


  • Pokopom is a new input plugin developed by KrossX with some unique features like pressure sensitivity support, rumble with a custom curve and more.

  • For a very detailed description about what each setting does and how to properly configure it, visit the official thread of the plugin HERE and check the Wiki for it HERE.

Pilih SSSPSX Pad v1.7.1 dan tekan butang Configure.



Anda dapat melihat tetingkap seperti berikut (klik untuk besarkan):


Sekarang tekan Configure untuk melakukan tetapan SSSPSX Pad:
  • Disini, anda cuma perlu menekan setiap nama butang dan inputkan butang keyboard yang anda mahu daftarkan. Jika anda mahu mengosongkan butang daripada didaftar ke mana-mana anda boleh klik pada butang tersebut dan tunggu hingga pemasa "Timeout: " mencapai 0. Kemudian butang yang telah dipilih akan didaftarkan kepada NONE semula.

  • Klik pada tab PAD1/PAD2 di bahagian atas kiri untuk berubah dari Controller 1 ke Controller 2.

  • SSSPSX Pad menyokong controller analog. LX untuk Left analog X-Axis,LY untuk Left analog Y-Axis,RX untuk Right analog X-Axis,RY untuk Right analog Y-Axis

  • Butang R3 dan L3 dalah butang pada analog stick yang terdapat pada controller PS2, R untuk kanan dan L untuk kiri seperti biasa.
           


Cdvdrom:


Dalam banyak keadaan, anda boleh menggunakan pemuat ISO dalaman PCSX2 dengan memilih ISO melalui menu CDVD, dan kemudian, dibawah ISO Selector, samada pilih imej daripada senarai atau pilih browse untuk menambah satu.

Walau bagaimanapun, jika anda mahu menggunakan plugin untuk melakukan tugas sperti bermain permainan daripada cakera (disc) DVD sebenar atau menghasilkan fail dump ISO, pilih "Plugin" daripada menu CDVD, kemudian pilih satu plugin CDVD. 
Pada asalnya, PCSX2 didatangkan dengan plugin Gigaherz's CDVD v0.8.0, Linuz Iso CDVD v0.9.0 dan CDVDnull v0.6.0.

Pilih Gigaherz's CDVD v0.8.0 dan tekan Configure.

  • Sangat mudah sebenarnya, cuma pilih huruf pemacu CDVD yang akan menjadi tempat bacaan data oleh plugin. Kemudian ia akan menjalankan permainan PS2 anda secara terus dari CD/DVD yang telah diletakkan ke dalam pemacu.

  • Hanya plugin ini yang sekurang-kurangnya separa menyokong penukaran disc. Jika anda mempunyai masalah menukar disc seperti yang diperlukan oleh permainan cuba gunakan plugin ini!

Pilih Linuz Iso CDVD v0.9.0 dan tekan Comfigure.

  • Plugin ini mempunyai kebolehan tambahan untuk memampat imej ISO untuk menjimatkan ruang disk selain daripada menggunakan imej ISO bersama emulator.

  • Tekan Select Iso untuk memilih imej permainan yang anda mahu jalankan/mampatkan. Setelah selesai membuat pilihan anda boleh samada menutup tetingkap config supaya anda dapat menjalankan permainan atau tekan "Compress Iso" untuk memampatkannya. Jika anda memilih imej yang telah dimampatkan anda juga boleh menekan "Decompress Iso" untuk menyah-mampatkannya.

  • Dibawah "Compression Method" anda boleh memilih samada ".Z - compress faster", dimana akan memampat imej lebih pantas tetapi saiz yang besar atau ".BZ - compress better", yang akan memampat imej dengan perlahan tetapi saiz yang kecil.

  • Dibawah Options anda boleh menanda/nyahtanda "Enable Block Dump=>'nama ISO.dump'". Apabila ditanda, pilihan ini akan mencipta fail "nama ISO.dump" dalam folder utama PCSX2(dimana pcsx2-r4600 berada) dari permainan yang anda jalankan. Fail ini serupa seperti iso kecil, yang digunakan untuk tujuan debugging. Ia akan menyimpan sektor yang dibaca semasa perjalanan permainan, maka selepas itu anda boleh memuatkan file tersebut(menggunakan "select iso" pada Linuz Iso CDVD) dan menjalankannya tanpa apa-apa imej/cd/dvd. Ambil perhatian bahawa sekiranya permainan cuba untuk membaca sektor lain yang tidak terdapat dalam fail dump, ia akan terhenti serta-merta.

  • Tekan ok untuk menyimpan sebarang tetapan yang telah dibuat.

       

CDVDnull v0.6.0

 
  • Plugin Null ini sama seperti GSnull, bermakna ia tidak melakukan apa-apa. Ia tidak mempunyai skrin konfigurasi.


Dev9:


Disini adalah plugin yang mengambil alih HDD(hard disk drive) dan ethernet emulation. Hanya plugin Dev9null v0.5.0 sahaja yang didatangkan sekali dengan pakej 1.0.0, dimana masih lagi plugin Null seperti yang lain. Terdapat juga plugin Dev9 yang lebih baru yang sedang dibina oleh Luigi__, plugin MegaDev9 dimana masih lagi dalam peringkat awalan tetapi sangat meyakinkan. Buat masa ini, ia hanya mampu melakukan separa emulate HDD ps2. Anda boleh dapatkannya di here.

Finally, there is an experimental netplay plugin from gigaherz and drkIIRaziel named DEV9giga-razi. Although most of the Sony game servers are down, you can give it a try. It can be downloaded from here (make sure you first follow the how to play online guide)

Usb:

 
Here are the plugins that handle USB (Universal Serial Bus) emulation. The release package includes USB Null v0.7.0 which is yet another Null plugin. Nothing to configure for the above reason. There is a new USB plugin that supports USB mice, keyboards and Lightguns by Shalma called Nuvee. You can get it from our website here.
Additionally, there is a new plugin developed for steering wheels by jackun, which is a modification of an old USB plugin named Qemu. Apparently, it fully supports various steering wheels so if you own one be sure to check it out! For more information visit the plugin's dedicated thread on our forum here. You can download it from our website here.


Firewire:


Disini adalah plugin yang mengawal port Firewire pada PS2. Hanya FWnull v0.7.0 yang didatangkan sekali dengan pakej. Tiada lagi plugin Firewire yang sedia ada atau sedang dibina. Juga tiada apa-apa yang boleh di konfigurasi atas sebab yang sama.

BIOS


Dalam senarai ini anda akan melihat imej BIOS anda, jika anda mempunyai satu dan telah meletakkannya dalam folder bios yang telah dipilih. Sila ambil perhatian bahawa satu-satunya cara yang SAH untuk mendapatkan bios adalah melalui dumping daripada konsol Playsatation 2 anda SENDIRI. JANGAN TANYA dari mana untuk mendapatkannya dari forum PCSX2, kerana ia menyalahi undang-undang. Hal ini kerana BIOS ps2 adalah hakcipta Sony dan itu menjadikan pengedarannya haram, bermaksud kami akan ditimpa masalah jika kami diketahui mengedarkan kepada orang ramai fail-fail bios secara tidak sah. Jika fail imej BIOS anda muncul dalam senarai tersebut walaupun anda telah memilih direktori yang betul untuk bios, maka ia adalah imej tidak sah.

Perhatian:Adalah sangat digalakkan anda mempunyai semua fail untuk BIOS yang lebih baru daripada SCPH-10000.bin. Anda mungkin dapat menjalankan bios atau permainan tanpa mereka tetapi ada kemungkinan yang ia akan memberi kesan kestabilan/kesesuaian. Ini termasuk rom1.bin, rom2.bin, erom.bin dan fail SCPH-XXXXX.nvm dimana XXXXX adalah versi bios anda (cth SCPH-34004.nvm). Fail terakhir ini juga boleh dihasilkan oleh PCSX2 selepas anda melakukan konfigurasi bios anda(zon masa, bahasa, dll) tetapi adalah lebih baik jika fail ini didapati secara terus daripada Playsatation 2 anda. Sekali lagi JANGAN TANYA dari mana untuk mendapatkan fail-fail ini, kerana mereka juga sebahagian daripada BIOS.

Dibawah adalah sedikit penerangan tentang apa fungsi fail-fail ini dari auMatt:

auMatt Wrote:Pada asasnya ps2 jepun pertama mempunyai bios tunggal dan pemain dvd dll telah dipasang pada kad memori.
Model-model PS2 selepasnya mempunyai perisian Pemain Dvd dipasang dalam ROM berasingan (EROM) dimana telah di enkripsi.
ROM1 adalah bahagian tambahan pada BIOS yang mengandungi sedikit penambahan seperti ID untuk versi Pemain DVD dll.
ROM2 adalah benda yang sama tetapi hanya ada pada PS2 China.
Harap in dapat membantu.

Bios dumper baru boleh didapati untuk melakukan dump Bios PS2 anda, ROM1, ROM2, EROM dan NVM. Dapatkannya di SINI

Note: Untuk kestabilan/kesesuaian maksimum adalah disyorkan anda menggunakan imej BIOS selain daripada SCPH10000.BIN dimana ia adalah versi paling lama. Hal ini kerana BIOS ini mempunyai masalah dengan emulation kad memori dan juga seksyen-seksyen lain.
Bagaimana untuk ekstrak fail bios daripada PS2 anda: Layari thread ini dan juga thread INI.
Juga, terdapat panduan youtube dalam melakukan dumping BIOS anda daripada konsol:
http://www.youtube.com/watch?v=n3AVqzYcqSw (trimas kepada FullGrownGaming)

Sekarang kita telah habis melakukan konfigurasi bagi smeua plugin-plugin PCSX2.

Tab BIOS pada tetingkap Plugin/BIOS selector:


Disini anda akan melihat skrin yang serupa sebelum kita lihat pada wizard First Time Configuration, dengan tahap kegunaan yang sama, untuk memilih fail BIOS daripada senarai dan mengubah folder dimana PCSX2 akan mendapatkan imej BIOS.

Tab Folder pada tetingkap Plugin/BIOS selector.


Disini anda boleh mengubah folder ke mana sesetengah fail yang dihasilkan PCSX2 untuk disimpan. Dengan menyahtanda "Use default setting" anda boleh menekan butang "Browse" untuk mencari folder pilihan dimana PCSX2 akan menyimpan: Save state, snapshot dan log/dump.


Tetapan Core

 
Seterusnya adalah tetapan Core PCSX2 yang boleh didapati pada Config => Emulation Settings. Anda akan melihat tetingkap seperti yang berikut(klik untuk besarkan):



Terdapat 6 tab, EE/IOP, VU, GS, GS Window, Speedhacks dan Gamefixes. Kita akan mulakan dengan EE/IOP.

Tab EE/IOP pada Emulation Settings:


EE/IOP bermaksud Emotion Engine / Input Output Processor yang merupakan komponen teras Playstation 2. Dibawah kami akan menerangkan seting-seting yang ada:
  • Emotion Engine: Pilih "Recompiler"  untuk mengaktifkan recompiler untuk Emotion Engine, dimana akan memberi kelajuan yang mendadak. Ia sangat stabil, maka anda haruslah sentiasa menggunakannya. Dengan memilih "Interpreter" anda akan mengggunakan mode Interpreter yang sangat perlahan, dimana ada sesetengah kes adalah lebih stabil, tetapi tujuan utamanya adalah untuk debugging.

  • Enable EE Cache: Seperti didalam nota, ini hanya akan berfungsi apabila Emotion Engine disetkan pada "Interpreter"

  • IOP: Seting yang sama seperti diatas. Tetapan "Interpreter" disini tidaklah menyebabkan "slowdown" yang teruk seperti EE tetapi ia masih mampu mengurangkan kelajuan PCSX2.

  • Round mode: Menukar cara pengiraan nombor "float" yang dibundarkan. Jika permainan anda hang dimana-dimana, cuba tukar nilai disini. Seting asal dan paling stabil adalah Chop/Zero. Ia akan berubah secara automatik apabila "Automatic Gamefixes" telah ditanda dibawah System untuk sesetengah permainan yang diketahui memerlukan nilai yang lain daripada asal.

  • Clamping mode: Seting ini disusun dari yang terpantas ke yang paling perlahan daripada atas hingga bawah. Maka 'None' adalahyang terpantas tetapi adalah yang paling tidak stabil dan 'Full' adalah yang paling perlahan tetapi paling stabil. Nilai asal disini adalah 'Normal' dimana sesuai dengan kebanyakan permainan tanpa mengganggu prestasi dengan ketara. Ia berubah secara automatik apabila 'Automatic Gamefixes' telah ditanda dibawah System untuk sesetengah permainan yang diketahui memerlukan nilai yang berlainan daripada asal.

  • Restore Defaults: Tekan ini untuk mengembalikan semua tetapan kepada yang asal (dilihat dalam keadaan Bold dalam Vista/Windows 7 atau diwarnakan hijau dalam Windows XP).

Tab VU pada Emulation Settings:


VU bermaksud Vector Units yang merupakan "co-processor" pada Playstation 2 yang bekerja secara selari dengan EE dan IOP. Playstation 2 mempunyai 2 "co-processor" yang dipanggil VU0 dan VU1.
  • VU0: Dalam "radio box" ini anda boleh memilih 1 daripada 3 pilihan: Interpreter, microVU Recompiler dan superVU Recompiler [legacy].

    • Interpreter: Dengan memilih ini PCSX2 akan menggunakan Interpreter pada unit VU0, dimana ia sangat perlahan dan juga tidak berapa stabil. Patut digunakan untuk tujuan debugging dan percubaan.

    • microVU Recompiler: Recompiler terkini untuk Vector Units daripada cottonvibes. pilihan ini mempunyai kesesuaian yang sangat tinggi dengan permainan, lebih stabil dan kelajuan yang baik. Disyorkan.

    • superVU Recompiler [legacy]: Recompiler lama untuk Vector Units daripada zerofrog. Ia tidak lagi disokong secara aktif oleh pembinanya (maka menyebabkan tag "legacy"), mempunyai kesesuaian yang lebih rendah berbanding microVU, kurang stabil dan selalunya sedikit pantas. Hanya sesuai digunakan untuk mengenal pasti bug dengan recompiler baru atau dalam kes-kes tertentu ia bekerja lebih baik daripada microVU/
  • VU1: Sama seperti diatas tetapi untuk Vector Unit 1.

  • Round mode: Sama seperti EE/IOP

  • Clamping mode: Tetapan ini disusun dari yang terpantas hingga ke paling perlahan dari atas ke bawah. Jadi, 'None' adalah yang terpantas tetapi paling tidak stabil dan 'Extra+Preserve Sign' adalah paling perlahan tetapi paling stabil. Nila asal disini adalah 'Normal' dimana bekerja dengan baik bagi kebanyakan permainan tanpa mengganggu kelajuan dengan begitu ketara. Jika anda menghadapi masalah poligon dan geometri pelik, cuba tetapkan ke 'Extra+Preserve Sign'. Akan berubah secara automatik apabila 'Automatic Gamefixes' ditanda dibawah System untuk sesetengah permainan yang diketahui memerlukan nilai selain dari yang asal.

  • Restore Defaults: Tekan ini untuk mengembalikan semua tetapan kepada yang asal (dilihat dalam keadaan Bold dalam Vista/Windows 7 atau diwarnakan hijau dalam Windows XP).

Tab GS pada Emulation Settings:


GS bermaksud Graphics Synthesizer yang bertanggungjawab dalam grafik Playstation 2. Dibawah saya akan menerangkan tetapan-tetapan yang ada:

  • Framelimiter: Pilihan dalam kumpulan ini boleh digunakan untuk frame rate permainan anda melalui pelbagai cara.

    • Disable Framelimiting: Dengan menanda ini permainan anda akan dijalankan sepantas yang PC anda boleh lakukan, mengabaikan semua tetapan dibawah dan hadyang telah ditetapkan.

    • Base Framerate Adjust: Disini anda boleh mengawal framerate utama untuk permainan anda dalam bentuk peratus. Jika anda meninggalkan frame rate NTSC dan PAL seperti sedia ada, (60 dan 50 FPS), 100% disini bermaksud 60FPS untuk NTSC dan 50FPS untuk PAL, 110% akan menjadi 66 FPS dan 55 FPSdan seterusnya. Frame limiter ini akan mengehadkan FPS permainan anda berdasarkan nila-nilai ini. Menetapkan nilai lebih dari 100% BUKAN cara untuk meningkatkan kelajuan, disyorkan untuk membiarkannya pada nila asal iaitu 100%.

    • Slow Motion Adjust: Disini anda boleh menetapkan peratusan kelajuan permainan anda yang akan dihad apabila anda mengaktifkan mode slow motion. Peratusan yang ditunjukkan adalah berdasarkan Base Framerate diatas, maka 50% bermaksud separuh daripada kelajuan Base Framerate, yang anda akan dapat lihat diatas bagaimana ia dikira dalam FPS. Hidup atau matikan dalam permainan dengan menekan Shift dan Tab

    • Turbo Adjust: Sama seperti Slow Motion tetapi diaktifkan apabila anda menghidupkan mode turbo. Hidup atau matikan dalam permainan dengan menekan Tab.

    • NTSC Framerate: Menetapkan kelajuan permainan NTSC akan dijalankan. Default (dan normal) untuk kelajuan permainan NTSC adalah 59.94 FPS, tetapi anda boleh mengubah nilai ini ke lebih rendah atau tinggi untuk bergabung dengan pilihan diatas. Tips: Menetapkan nilai yang lebih rendah boleh meningkatkan kelajuan sesetengah permainan tetapi mungkin akan memudaratkan permainan lain. Hanya boleh diedit melalui fail pcsx2_vm.ini dan menukar nilai selepas FramerateNTSC=

    • PAL Framerate: Menetapkan kelajuan permainan PAL akan dijalankan. Default (dan normal) untuk kelajuan permainan PAL adalah 50 FPS, tetapi anda boleh mengubah nilai ini ke lebih rendah atau tinggi untuk bergabung dengan pilihan diatas. Tips: Menetapkan nilai yang lebih rendah boleh meningkatkan kelajuan sesetengah permainan tetapi mungkin akan memudaratkan permainan lain. Hanya boleh diedit melalui fail pcsx2_vm.ini dan menukar nilai selepas FrameratePAL= 
  • Frame Skipping: Pilihan-pilihan dalam kumpulan ini boleh digunakan untuk mengawal bagaimana frame skipping bekerja, sebuah teknik yang akan melangkau frame permainan untuk menjadikan ia seperti dalam kelajuan penuh walaupun pada hakikatnya tidak dapat dicapai. Seperti yang dinyatakan oleh GUI, ciri ini boleh dan mampu menyebabkan stuttering, flashing atau perilaku tidak normal yang lain bergantung pada permainan. Hidup atau matikan dalam permainan dengan menekan Shift dan F4

    • Disabled: Apabila dipilih, akan mematikan Frame Skipping, disyorkan jika anda mencapai kelajuan yang mencukupi.

    • Skip when on Turbo only: Apabila dipilih, akan menghidupkan Frame Skipping hanya bila mode Turbo telah dihidupkan.

    • Constant Skipping: Apabila dipilih, akan menghidupkan Frame Skipping secara tetap.

    • Frames to Draw: Nyatakan berapa banyak frame akan dilukis sebelum langkauan.

    • Frames to Skip: Nyatakan berapa banyak frame akan dilangkau apabila frame-frame diatas telah dilukis.
  • Use Synchronized MTGS: Tandakan pilihan ini untuk menggunakan mode yang berlainan untuk MTGS. SANGAT perlahan, hanya untuk tujuan debugging.

  • Disable all GS output: Seperti namanya, akan mematikan semua output grafik. Digunakan untuk "benchmarking" kelajuan teras PCSX2 dan debugging.

Tab GS Windows pada Emulation Settings:


Disini anda boleh mengawal pelbagai aspek untuk output video PCSX2. Dibawah saya akan menerangkan tentang tetapan-tetapan:

  • Apect Ratio: Here you can select Fit to Window/Screen which will stretch the video to fit in your window, standard (4:3) which will set the aspect ratio of your video to 4:3 or Widescreen (16:9) which does the same with a 16:9 ratio. Keep in mind that the game's display will be stretched this way, deforming the normal display. For proper wide screen, make sure you check 'Enable Widescreen Patches' under 'System' or if there is no patch for your game set it in its menu (if it supports it).

  • Custom window size: Set your preferred size for the video window in pixels. This does not effect the game's rendered resolution, image quality or speed in any way, it is equivalent of resizing the output window by dragging its corner with the mouse.

  • Zoom: As the name suggests, you can enter the percentage you want the game to be zoomed in. You can also use it while running a game by pressing Ctrl and + for zoom in and - for zoom out of the numpad. You can also press Ctrl and * of the numpad to reset the zoom to 0.

  • Vertical Stretch: This option can not be changed from the GUI but is similar to Zoom thus in this section. Does what the name suggests and is usable by pressing Ctrl-Alt and + or - of the numpad. You can also press Ctrl-Alt and * of the numpad to reset the stretch to 0.

  • Disable window resize border: Apabila ditanda, akan menghilangkan sempadan (border) yang digunakan untuk mengubah saiz tetingkap video.

  • Always hide mouse cursor: Apabila ditanda, kursor tetikus akan dihilangkan apabila ia memasuki tetingkap video.

  • Hide window when paused: Apabila ditanda, tetingkap video akan disembunyikan apabila emulation dijeda.

  • Default to fullscreen mode on open: Apabila ditanda, PCSX2 akan bermula dengan mode skrin penuh. Kembalikannya semula kepada mode tetingkap dengan menekan Alt dan Enter.

  • Double-click toggles full screen mode: Apabila ditanda, mengklik dua kali pada tetingkap GS akan mengubahnya kepada mode skrin penuh. (dan sebaliknya)

  • Wait for vsync on refresh: Apabila ditanda, PCSX2 akan menggunakan vsync yang akan mengurangkan "tearing" tetapi juga mengurangkan FPS sebenar. Ia untuk mode skrin penuh dan mungkin tidak akan bekerja dengan semua plugin GS.

  • Dynamically toggle Vsync depending on frame rate: Apa yang pilihan ini lakukan telah diterangkan dalam tooltip, jadi letakkan tetikus anda diatasnya sehingga tooltip muncul dan baca Tongue2

Tab Speed Hacks pada Emulation Settings:


Speed Hacks adalah pelbagai jenis teknik yang digunakan untuk meningkatkan kelajuan emulation dengan menggadaikan ketepatan emulation. Semua pilihan ini boleh menyebabkan bug, crash dan lain-lain aktiviti tidak normal maka berwaspada ketika menggunakannya! Sila ambil perhatian juga bahawa ini akan memberi kesan pada sesetengah permainan sahaja, jadi anda mungkin tidak akan mendapat peningkatan kelajuan bergantung kepada permainan. Dibawah saya akan menerangkan tetapan-tetapan yang ada:
  • Enable speedhacks: Tanda/nyahtanda ini untuk menghidup/mematikan semua speedhack yang telah dipilih secara mudah.

  • Emotion Engine (EE) Cyclerate: Hack ini akan menambah masa yang diambil oleh operasi emulation, supaya ia lebih mudah diproses CPU anda. Seting selain daripada yang asal akan merosakkan permainan, menjadikan permainan dilihat seperti perlahan atau melangkau frame.

    • Default Cycle Rate - Slider Level 1: Ini bukan hack, ia akan menjalankan EE pada kelajuan asal.

    • Slider Level 2: Mengurangkan EE cycle rate sebanyak 33%. Kenaikan kelajuan sederhana, sedikit penolakan kestabilan.

    • Slider Level 3: Mengurangkan EE cycle rate sebanyak 50%. Peningkatan kelajuan yang banyak, penolakan kestabilan sederhana. Juga menyebabkan "stuttering" pada audio dalam video permainan..
  • VU Cycle Stealing: Hack ini akan menambah kitaran yang akan diambil oleh VU daripada EE. Hack ini boleh menyebabkan bacaan FPS yang salah (terutamanya pada nilai yang lebih tinggi), kerlipan pada skrin, permainan menjadai perlahan dan juga bug-bug lain pada permainan tertentu!

    • Slider Level 0: Ini bukan hack. Ia akan mematikan VU Cycle Stealing.

    • Slider Level 1:  Sedikit pertambahan kelajuan, sedikit pengurangan kestabilan.

    • Slider Level 2: Pertambahan kelajuan yang banyak, pengurangan kestabilan yang sederhana. 

    • Slider Level 3: Sedikit pertambahan kelajuan berbanding level 2, pengurangan kestabilan yang besar. Level ini tidak akan berfungs dengan betul untuk majoriti permainan kerana menyebabkan "flickering", memperlahankan kelajuan dan bug-bug grafik manakala memberi kelajuan pada kadar yang kecil berbanding level 2 apabila ia berfungsi. Tidak digalakkan kecuali sesetengah permainan yang spesifik yang berfungsi dengan baik dengannya.
  • Other Hacks: Pelbagai jenis hack dengan lain-lain kegunaan.

    • Enable INTC Spin detection: Hack ini mengambil jalan pintas dalam situasi PS2 ketika permainan dalam keadaan "idle", lihat tooltip untuk penerangan lanjut. Ia akan melompat ke pengakhiran dan bersambung disana daripada melakukan kitaran "idle". Boleh memberi Peningkatan yang besar tetapi pada sesetengah permainan sahaja. Hack yang selamat dengan hampir tiada pengurangan kestabilan, disyorkan.

    • Enable Wait Loop detection: Teknik yang sama seperti diatas, lihat tooltip untuk penerangan lanjut. Peningkatan yang sederhana dengan tiada pengurangan kestabilan, disyorkan.

    • Enable fast CDVD: Mengurangkan masa memuat dengan menetapkan mode akses disc kepada lebih pantas. Lihat senarai kesesuaian HDLoader untuk permainan yang tidak akan berfungsi dengan hack ini (selalunya ditanda "needing mode 1" atau "slow DVD"). Tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan banyak permainan.
  • microVU Hacks: Hack-hack ini hanya berfungsi apabila microVU telah dipilih sebagai recompiler dalam tab VU pada Emulation settings. Jika superVU dipilih, hack-hack ini tidak akan melakukan apa-apa.

    • mVU Flag Hack: Lihat tooltip untuk penerangan lebih lanjut. Peningkatan yang sederhana dengan kestabilan tinggi, disyorkan.

    • MTVU (Multi-Threaded microVU1): Check this to use a third core for emulating the VU1 unit of the PS2. This speed hack provides a large speed boost for processors with 3 cores or more, while having extremely high compatibility (causes problems only in a handful of games). Note that some games might not get a good speed increase (depends how much they use the VU1 unit). There are also reports of speed boosts even on dual core processors. 
  • Restore defaults: Klik ini untuk mengembalikan semua tetapan kepada yang asal (dimana sebenarnya mematikan semua hack dalam tab ini).

Game fixes tab of the Emulation Settings:

 
Seperti namanya, terdapat game fix yang spesifik untuk sesetengah permainan yang memerlukannya. Sila ambil perhatian bahawa kami tiada sebab untuk menyimpan hack untuk game yang spesifik, ini adalah sementara hingga fix yang sesuai dijumpai supaya ia boleh dibuang. Banyak daripada hack-hack ini akan dihidupkan secara automatik apabila 'Automatic Gamefixes' dipilih dibawah System.

  • VU Add hack: Hack ini diperlukan kerana Ps2 tidak mengikut standard float IEEE.
    Gunakannya hanya pada 'Star Ocean 3','Valkyrie Profile 2' dan 'Radiata Stories'.

  • VU Clip Flag Hack: Hack ini hanya diperlukan apabila recompiler superVU telah dipilih dalam Emulation Settings. Digunakan dalam permainan Persona.

  • FPU Compare Hack: Hack ini diperlukan kerana julat yang terhad nombor "floating points" yang dihasilkan oleh IEEE dimana tidak diikuti oleh PS2. Gunakan hanya pada 'Digimon Rumble Arena 2'.

  • FPU Multiply Hack: Untuk 'Tales of Destiny'.

  • FPU Negative Div Hack: Untuk permainan Gundam, membetulkan pandangan kamera.

  • VU XGkick Hack: Menambah masa untuk arahan VU XGkick. Diperlukan untuk 'Erementar Gerad'. 

  • FFX videos fix: Membuat GIF flush sebelum melakukan kerja IOU. Membetulkan "gray overlay garbage" dalam video-video 'Final Fantasy X'.

  • EE timing Hack: Hack serbaguna. Diketahui membantu: 'Digital Devil Saga', 'SSX', 'Resident Evil: Dead Aim'.

  • Skip MPEG Hack: Guna ini untuk melangkau video yang menyebabkan "freeze"

  • OPH flag Hack: Untuk 'Bleach Blade Battler', 'Growlancer' II and III dan 'Wizardry'

  • Ignore DMAC writes when it's busy:  Untuk "Mana Khemia - Alchemists of Al-Revis" dan "Metal Saga".

  • Simulate VIF1 FIF read ahead: As the description says, can help games which load slow.

  • Delay VIF1 stalls (VIF1 FIFO): Fixes Socom - US Navy Seals 2 HUD.

  • Ignore Bus Direction on Path 3 Transfer:  Fixes Hotwheels.

  • Switch to GSdx software rendering when an FMV plays: With this checked, GSdx will automatically switch to a software renderer when it detects a video playing and back to hardware when it's done. More of a convenience setting than a hack, it is very useful considering the number of games that have issues with videos on hardware renderers of GSdx.

  • Simulate VIF1 FIFO read ahead: Untuk Transformers.

  • Delay VIF1 stalls (VIF1 FIFO): Membaiki masalah HUD pada Socom - US Navy Seals 2.

  • Ignore Bus Direction on Path 3 Transfer:  Mengatasi masalah pada permainan Hotwheels.

Presets:

 
Bemula dari 0.9.8, sistem preset telah diperkenalkan. Ringkasnya, sistem ini adalah untuk membantu pengguna yang mahu cara mudah dan pantas dalam melakukan tetapan PCSX2. Apabila 'Presets' ditanda (boleh didapati dibawah daripada semua 6 tab yang telah saya bincangkan), semua pilihan dalam tab ini akan dikelabukan kerana sistem Preset akan menukarnya untuk anda. Dibawah adalah level preset (dari paling perlahan dan paling stabil ke yang terpantas dan kurang stabil):

  • 1 - Safest: Seperti namanya ia adalah preset paling selamat dari segi kestabilan. Berbanding dengan level yang lain ia adalah yang paling perlahan juga.

  • 2 - Safe (faster): Hampir sama seperti 1 tetapi menggunakan hack yang selamat untuk penambahan kelajuan. Kestabilan sepatutnya sama dengan Safest.

  • 3 - Balanced: Meningkatkan lagi speed hack yang digunakan, sedikit kurang stabil dengan pertambahan kelajuan.

  • 4 - Aggressive: Akan menambah lagi speed hack dan mengubah sesetengah mode "clamping". Kurang stabil tetapi lebih pantas, sesetengah permainan akan mengalami masalah dengannya.

  • 5 - Aggressive Plus: Banyak speed hack digunakan, banyak permainan akan menjadi "bugged" tetapi kelajuan akan menjadi lebih baik untuk permainan yang sesuai dengannya.

  • 6 - Mostly Harmful: Seperti namanya, preset ini akan mendatangkan lebih banyak masalah daripada kebaikan. Kebanyakan permainan akan menghadapi masalah dan akan menjadi lebih perlahan berbanding preset yang lebih rendah. Tidak digalakkan.

Pilihan Lain-lain


Sekarang masa untuk menerangkan pilihan lain-lain:

  • System =>Boot CD/DVD (full): Jika anda menekan ini, emulator akan menjalankan imej yang dipilih dalam plugin CDVD (atau pemilih ISO dalaman) atau akan meminta anda untuk mencari imej jika anda tidak memilih apa-apa dalam tetapan plugin CDVD. Jika anda menggunakan plugin CDVD Gigaherz ia akan serta-merta menjalankan CD/DVD dalam pemacu yang dipilih. Mode "full" akan melalui intro BIOS terlebih dahulu seperti konsol PS2 sebenar. Gunakannya untuk permainan yang mempunyai berbagai bahasa atau permainan dengan pelindungan salinan.

  • System =>Boot CD/DVD (fast): Sama seperti pilihan diatas yang akan melangkau intro BIOS dan menjalankan permainan dengan segera. Berguna ketika menjalankan permainan dengan fail BIOS baru berbanding Full Boot dengan melangkau pengesahan negara.

  • System =>Run ELF...: Anda boleh gunakan ini untuk menjalankan demo yang didalam format .elf

  • System =>Pause/Resume: Gunakan ini untuk Jeda atau Sambung emulation pada bila-bila masa.

  • System =>Load State/Save State: Disini anda boleh muat/simpan states ketika menjalankan permainan. Dalam Load state, dengan "Backup" anda boleh memuat save state sokongan dengan pilihan "Backup before save" untuk slot yang dipilih.

  • System =>Check/Uncheck Backup before save: Apabila ini ditanda, PCSX2 akan menghasilkan sokongan untuk state yang disimpan setiap kali. Sangat berguna dalam kes dimana state anda rosak atau korup. Anda boleh melihat fail sokongan dalam folder sstates, mereka mempunyai teks .backup pada penghujung nama fail. Anda boleh memuatkannya dari GUI dengan menu yang telah diterangkan diatas.

  • System =>Check/Uncheck Automatic Gamefixes: Ini akan hidup/matikan game fix. Fix-fix ini mempunyai pelbagai kegunaan, dari melangkau video permainan yang tidak dijalankan dengan betul buat masa ini dan memberhentikan emulator dari meneruskan ke bahagian yang lebih rumit. Menanda ini juga akan menghidupkan tetapan khas dan game fix untuk sesetengah permainan yang diketahui memerlukannya.

  • System =>Check/Uncheck Enable Cheats: This will enable/disable game cheats. Cheats work with the same system as patches but are loaded from the Cheats folder of PCSX2. Check various guides on our forum on how to create cheat files for PCSX2.

  • System =>Check/Uncheck Enable Widescreen patches: Starting from version 1.2.0 and thanks to our great community we added support for custom wide screen patches for games. If there is a patch for your game, enabling this will force it to render in true 16:9 ratio, without stretching the display but properly increasing the field of view and in some cases even the fonts and HUDs! Note that you also have to set Aspect ratio to 16:9 on Emulation settings->GS Window. For more information and the latest patches, visit our forum thread HERE.

  • System =>Check/Uncheck Enable Host Filesystem: Ini akan menghidu/mematikan Host Filesystem PCSX2. Selalunya digunakan oleh demo dan homebrew.

  • System =>Shutdown: Ini akan menutup permainan yang sedang dijalankan dan reset PCSX2.

  • System =>Exit: Akan menutup emulator.

  • CDVD =>
    • Iso Selector: Ini adalah pemilih ISO dalaman PCSX2, yang tidak menggunakan plugin CDVD. Anda boleh memilih apa-apa imej disc yang disokong PCSX2 dengan menekan Browse dan jalankannya. Untuk kemudahan anda, menu ini menyimpan senarai permainan yang telah digunakan.Ia hanya berfungsi jika Iso telah dipilih dari menu dibawah.
    • Plugin Menu-Plugin Settings: Ini akan menunjukkan anda plugin CDVD mana yang anda telah pilih dan membolehkan anda membuat tetapan padanya dari sini (selain daripada tetingkap Plugin/BIOS Selector dan melakukannya disana).
    • ISO-Plugin-No Disc: Menu radial ini mengawal sumber dari mana PCSX2 akan memuatkan permainan. Jika anda memilih ISO, pemuat ISO dalaman akan digunakan untuk memuatkan permainan anda (telah diterangkan diatas). Jika anda memilih Plugin, plugin yang telah ditetapkan akan digunakan untuk memuatkan permainan anda. Jika anda memilih No Disc, tiada permainan akan dimuatkan dan PCSX2 akan secara langsung memasuki BIOS.
  • Config =>
    • Emulation Settings: Akan membuka tetingkap Emulation Settings yang telah saya terangkan pada seksyen Tetapan Core dalam panduan ini. 

    • Memory cards: Akan membuka memcard manager. 
      • Dengan menekan Browse anda boleh menetapkan folder lain untuk PCSX2 memuatkan kad memorinya.

      • Pilih satu kad memori daripada senarai untuk membolehkan butang Duplicate, Rename, Delete dan Eject boleh ditekan. Duplicate akan menghasilkan salinan kad memori yang dipilih, Renama akan menamakan semula kad memori Delete akan membuang dan Eject akan mengalihkannya dari slot.

      • Pilih mana-mana port kosong untuk menggunakan butang Create. Dengan menekannya anda akan melihat dialog kad memori baru, dimana anda boleh menaip nama fail dan memilih antara 8, 16, 32 dan 64mb untuk saiz kad memori. Seperti yang dinyatakan dalam nota, lebih besar kad memori, lebih tinggi peluang untuk kegagalan bekerja dengan pelbagai permainan maka sila ambil perhatian bahawa sesetengah permainan TIDAK akan mampu menyimpan data dalam kad memori yang besar..
        Tanda "Enable NTFS compression when creating this card" untuk menggunakan mampatan NTFS pada fail, menjimatkan ruang disk. Sangat digalakkan pilihan ini ditanda.

      • Pilih mana-mana kad memori dalam senarai -Unused- untuk menggunakan butang Enable, yang akan mengeluarkan dialog untuk anda memilih port yang anda mahu masukkan kad memori tersebut.

      • Auto-Eject Memcards when loading save states: Penerangan pada GUI, disyorkan untuk menandanya.
    • Plugin/BIOS selector: Akan membuka tetingkap Plugin/BIOS Selector dimana anda boleh menukar plugin, BIOS dan folder-folder yang telah diterangkan pada permulaan panduan ini.

    • Video (GS)/Audio (SPU2)/Controllers (PAD)/Dev9/USB/Firewire =>Plugin Settings: Akan membuka tetingkap tetapan untuk plugin yang dipilih (disenaraikan disini) secara turutan (Video/Audio/Pad/Dev9/USB/Firewire)

    • Multitap 1: Akan menghidupkan Multitap 1. Anda juga boleh menghidupkan multitap dalam plugin input Lilypad untuk menggunakannya. Kesesuaian masih rendah, maka banyak permainan akan tidak berfungsi dengan pilihan ini.

    • Multitap 2: Akan menghidupkan Multitap 2. Anda juga boleh menghidupkan multitap dalam plugin input Lilypad untuk menggunakannya. Kesesuaian masih rendah, maka banyak permainan akan tidak berfungsi dengan pilihan ini.

    • Clear all Settings: Akan mengosongkan semua tetapan yang telah disimpan, mengembalikannya kepada yang asal dan membuka First Time Configuration Wizard.
  • Misc =>
    • Check/Uncheck Show Console: Ini akan menghidup/mematikan tetingkap kedua yang akan terpapar di belakang tetingkap uatama PCSX2 dan kegunaan utamanya adalah untuk debugging. Disana juga anda boleh melihat pelbagai jenis mesej yang boleh membantu anda mengenal pasti masalah atau ketika permainan dijalankan setiap masa. Merah adalah ralat dan Kuning adalah amaran.
    • Console Window:
    • Log->Save/Clear: Menyimpan atau mengosongkan tetingkap konsol.
    • Appearance: Mengubah rupa tetingkap konsol.
    • Sources: Tanda perkara-perkara disini untuk menambah komponen PS2 yang akan direkod perilakunya ke dalam tetingkap konsol.
  • About: Disini anda boleh melihat para penyumbang tenaga dalam menghasilkan PCSX2.

Shortcuts/hotkeys configuration



For a full list of currently supported keyboard shortcuts, you can check page 4 of the PCSX2 readme.

PCSX2 also supports overriding the hotkeys set by using a custom made ini file (PCSX2_keys.ini). For instructions on how to create it, visit this link


Jika anda masih lagi mempunyai masalah dengan emulator ini, hantarkan masalah anda ke laman forum rasmi PCSX2 di SINI selepas membaca peraturan dengan teliti

Kembali ke atas

Itu dia! Saya berharap panduan ini berguna kepada pengguna baru PCSX2 dan juga pengguna yang ingin mengubah sesetengah tetapan supaya lebih banyak permainan yang boleh dimainkan.

Trimas kepada Gigaherz atas tunjuk ajarnya dalam bagaimana untuk membuat indeks bekerja dengan Firefox. Smile
Terima kasih daun keladi pada rakan saya Regulus untuk latarbelakang, skrip smilies dan pertolongan beliau. Smile
Trimas kepada Razor Blade kerana membaiki sempadan imej.
Trimas kepada crushtest kerana memberitahu masalah dengan Firefox dan cadangan beliau.
Trimas kepada Nachbrenner untuk cadangan dan penambahan beliau.
Trimas kepada Falcon4ever kerana "mengganggu" saya dengan pengesahan XHTML.
Trimas kepada rama kerana membantu saya dengan sedikit penerangan.

Ditulis oleh Bositman.
Diterjemahkan oleh Ice Queen Zero.
Reply

Sponsored links





Users browsing this thread: 1 Guest(s)